[VIDEO] Pemuda Hasilkan Potret Wajah Shuib & Arw4h Siti Sarah Gunakan Rubik ‘Cube’

Setiap manusia dianugerahkan bakat semula jadi dalam diri sendiri namun ianya perlu diasah supaya bakat kita dapat diketengahkan. Ada yang boleh menari, ada yang hebat bersukan dan ada juga yang hebat dalam muzik.

Bagi peminat rubik cube, mesti korang pernah dengar nama Alex Ivanchak bukan. Pemuda kelahiran Russia ini merupakan selebriti media sosial yang terkenal dengan kepakarannya dalam rubik cube. Dia telah menghasilkan banyak potret menggunakan rubik cube. Wah! Hebatnya…

“Siapa dia tu?”

Tapi tahu tak korang ada seorang rakyat Malaysia yang mempunyai bakat yang sama dengan Alex Ivanchak? Mesti tak tahu kan. Min pun tak tahu.

Dalam perkongsian @abam.takaful, dia telah memuat naik video di akaun Tiktoknya yang menunjukkan dia sedang menghasilkan potret wajah Shuib dan Arw4h Siti Sarah dengan menggunakan rubik cube.

@abam.takaful atau nama sebenarnya Zabli Ab Hadi telah menghasilkan potret yang berwajah selebriti Malaysia itu seorang diri tanpa bantuan sesiapa. Hasil karyanya itu dibuat adalah untuk mengenang pemerg1an arw4h Siti Sarah. Al-fatihah (dibaca).

“Hanya insan terpilih je mampu”

Video yang berdurasi hampir seminit itu mendapat lebih daripada 100 ribu jumlah tontonan di Tiktok dan telah dikongsi oleh beberapa individu di media sosial yang lain iaitu Twitter.

Rata-rata netizen yang menonton video tersebut kagum dengan Zabli kerana bakatnya dalam menghasilkan potret menggunakan rubik cube bukan semua orang ada. Kata mereka, hanya seorang sahaja yang mampu buat benda tu selain Alex Ivanchak, iaitu Zubli.

Antara komen netizen yang min tertarik untuk berkongsi:

Netizen juga ada yang minta Zubli untuk menghasilkan karyanya lagi banyak supaya bakatnya dapat dilihat dan dipandang satu dunia.

Min mendoakan kejayaan buat abang Zubli dan sentiasa dimurahkan rezeki.

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Catatan Terakhir

Sumber : lobak Merah

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*