Tin tarik duit adalah salah satu cara orang dulu-dulu simpan wang jualan di kedai runcit. Biasanya satu tin seperti biskut atau Milo digunakan untuk disimpan duit serta ia diikat dengan tali. Bila mahu menyimpan atau mengambil wang baki, tali ditolak dan tin tersebut turun ke bawah.
Cara ini hanya orang zaman dulu-dulu sahaja gunakannya. Namun hari ini jarang sekali untuk kita dapat lihat kedai runcit yang menggunakan kaedah tersebut. Rata-ratanya sudah ada mesin juruwang dengan suasana kedai lebih moden.
Biarpun begitu, baru-baru ini satu perkongsian di TikTok yang memaparkan kedai runcit gaya dulu-dulu telah mencvri perhatian ramai. Dalam rakaman itu turut ditunjukkan tin tarik duit yang pernah digunakan pada waktu dulu. Selain dari itu, suasana kedai dengan pintu yang ditutup menggunakan kayu ditutup satu persatu juga turut dikongsikan.
Berikut adalah rakaman suasana kedai runcit gaya dulu-dulu ini yang dimuat naik oleh seorang pengguna TikTok dengan nama akaun @iamnazirul:
Buat yang pernah merasai kunjungi kedai runcit sebegini masa kecil pasti boleh terimbau kenangan. Berikut antara reaksi ramai yang ditinggalkan di ruangan komen perkongsian tersebut:
“Legend g1la. Rindu zaman sekolah dulu”
“Pastu bau kedai pun legend jugak… Dia macam ada bau yang kenangan lalu mengusik jiwa”
“Aaa zaman2 bebudak ni…Legend..Nak2 biskut dalam tin kotak tu”
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!
Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Catatan Terakhir
Sumber : HCL
Leave a Reply