Setiap hari ada sahaja kerenah nakal yang dilakukan anak-anak bulus kita. Raut wajah mereka yang comel dan tidak bersalah membuat pemilik mereka tidak sampai hati untuk menghalang mereka dari melakukan apa yang mereka inginkan, dan ia turut memudahkan mereka untuk melarikan diri dari kesalahan.
Tetapi seekor anak kucing ini tidak diberikan layanan istimewa itu apabila dia dilarang daripada mencvri makanan tuannya, walaupun dia tetap tekad untuk melarikan makanan pemiliknya itu, membuat ramai geli hati.
Dalam video yang dikongsikan telah meraih 1.4 juta tontonan di Twitter, anak kucing berkenaan dilihat telah berjaya mengg1git segulung sushi dari bekas hidangan tuannya.
Namun begitu, gadis tersebut sempat menangkapnya dan mengalihkan anak kucingnya itu, sementara kucing tersebut menggonggong sushi di mulutnya sambil menjerit kerana tidak ingin makanannya diambil.
im so obsessed w this video pic.twitter.com/EEhJ6Z40ix
— aki (@GR4H4T1A) August 2, 2021
Kucing itu kemudian dilihat mengg1git kuat sushi di mulutnya apabila tuannya ingin mer4mpas semula makanan itu, namun si bulus itu tidak berjaya mempertahankan sushinya dan hanya berjaya merasa cebisan yang terjatuh.
Di samping terhibur dengan adegan berkenaan, ramai yang turut berpihak kepada kucing tersebut dan menyokong agar kucing itu diberikan sushi.
“Biarkan je lah dia ambik…”
c'mon, let he have it ? https://t.co/oGgkVb0Ab1
— Dany | Mobile Dev (@yasfdany) August 4, 2021
“Bagi la dia satu…”
let him have a piece tf https://t.co/l4sUmcEeTN
— naked window neighbor (@flacaspice) August 3, 2021
GIVE IT TO HIM ???? https://t.co/IqT6Rg3OCx
— ZORA (@zeeexotica) August 4, 2021
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!
Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Catatan Terakhir
Sumber : HCL
Leave a Reply