‘Budak r4ver’ kini dah besar buat ramai rasa tua, “Mak dia makin muda…”

Pasti ramai yang ingat video ‘legend’ yang pernah tular suatu ketika dahulu menunjukkan seorang kanak-kanak lelaki merakam video sehingga tidak dengar dia dipanggil ibunya.

Pada hari ini situasi tersebut mungkin pernah berlaku kepada ramai orang kerana merakam video untuk media sosial telah menjadi satu kebiasaan bagi golongan muda dan ibu bapa juga semakin faham dengan perkara itu.

Tetapi pada sekitar pertengahan 2010, remaja yang berani mengabaikan tugas semata-mata ingin merakam video memang akan kena pelangkung dengan ibu bapa.

Itulah yang berlaku kepada seorang budak lelaki ini apabila merakam dirinya menari ‘r4ver’ pada tahun 2016, sehingga dia dipukul oleh ibunya dengan hanger di hadapan kamera.

Video tersebut yang memperlihatkan dia cuba mengelak dari dipukul sementara adik perempuannya yang merakam video itu juga cuba melarikan diri mengundang geli hati ramai.

Setelah 6 tahun berlalu, ibu ‘budak r4ver’ itu baru-baru ini berkongsikan video untuk netizen yang tertanya-tanya keadaan anaknya sekarang.

Turut menampil anak perempuannya seperti dalam video asal, ramai terkejut melihat ‘budak r4ver’ itu telah besar, malah wajah ibunya yang dikatakan awet muda juga cvri tumpuan.

“patutnya dia remake…”

“Hanger still ada…”

“mak dia makin muda lah…”

“die still budak2 r4ver ke tak?…”

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Catatan Terakhir

Sumber : HCL

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*