[VIDEO] Wanita sambut hari jadi seorang diri, pelanggan lain datang temankan bikin terharu

Bagi sesetengah individu, sambutan hari lahir adalah sesuatu yang penting dan perlu diraikan setiap tahun untuk menunjukkan penghargaan terhadap orang yang kita sayang.

Namun kebanyakannya tidak begitu mengambil peduli tentang sambutan hari lahir mereka sama ada kerana menganggap amalan itu hanya untuk kanak-kanak, mahupun kerana tiada masa untuk terlalu memikirkan tentang diri sendiri.

Namun kadang kala tentunya kita rasa seperti kita wajar mendapat ganjaran pada hari istimewa itu dengan keluar makan bersama keluarga mahupun membeli sepotong kek untuk diri sendiri.

Itulah juga yang dapat disaksikan dalam sebuah video yang tular ini di mana seorang wanita dilihat menyambut hari jadinya seorang diri di sebuah kedai makan.

Dalam video yang telah meraih 1.6 juta tontonan di Twitter, wanita tersebut dilihat duduk seorang diri di sebuah meja dengan sekotak kek.

Dia kemudian dilihat memejamkan mata untuk membuat permintaan di dalam hati, sebelum menyanyikan lagu hari jadi untuk dirinya sambil menepuk tangan dengan bersemangat.

Pekerja dan pelanggan lain yang melihat wanita tersebut keseorangan datang ke mejanya untuk menemani serta menyanyikan lagu hari jadi untuknya membuat wanita itu sebak, malah netizen juga terharu melihat adegan berkenaan.

“Senyumannya adalah segala-galanya…”

‘Ada orang yang baik di dunia ini…”

“Faham apa yang dia lalui…”

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Catatan Terakhir

Sumber : HCL

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*