Kaum perempuan biasanya pasti akan membawa beg tangan ke mana-mana sahaja yang mereka pergi kan. Baru-baru ini pula, lelaki ini berkongsikan situasi yang selalu dialami mak-mak apabila ingin mencari telefon di dalam beg.
Biasanya memang banyak barang yang dibawa di dalam beg tangan itu sehingga hampir penuh dibuatnya. Lelaki ini berkongsikan situasi di mana mak-mak mencari telefon mereka yang berdering namun lain pula yang berlaku pada akhirnya.
Di dalam video yang dikongsikan ini, lelaki itu melakonkan situasi di mana mak-mak berada di luar sambil membawa beg tangan mereka. Namun sebaik sahaja telefon mereka berbunyi, mereka pasti mengambil masa yang lama untuk mencarinya.
Lebih melucukan, lelaki itu sempat berseloroh apabila mengeluarkan begitu banyak barang dari beg tangan itu seperti penimbang berat, tempat seterika baju dan yoga mat. Seolah-olah menggambarkan beg tersebut yang penuh dengan barang.
Namun pada akhirnya, lelaki itu menjumpai telefon itu yang rupanya terletak di dalam tudung yang dipakainya itu. Melihatkan pada situasi yang dikongsikan ini, ramai pula yang dapat relate dengan apa yang dilakonkannya ini.
Di ruangan komen, rata-rata netizen terutamanya kaum wanita turut memahami situasi ini. Ada juga yang mengakui selalu terlepas panggilan gara-gara tidak menjumpai telefon mereka di dalam beg tangan.
“Poket doraemon.”
“Dalam beg aku macam-macam aku letak. Lepas tu mula lah gelabah nak cari…”
“Melampau ek.”
“Pastu kan orang yang dia call tu tak angkat dia cakap tak dapat…”
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!
Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Catatan Terakhir
Sumber : HCL
Leave a Reply