Wanita Kongsi Gambar Bermisai, Reaksi Ibu Pula Undang Ketawa

Di media sosial sekarang ini, ada pelbagai jenis filter yang boleh dicuba untuk menangkap gambar. Tetapi bagi generasi yang lebih tua, ada kalanya ia tidak menyeronokkan seperti yang dirasai oleh generasi muda. Sama macam wanita ini apabila cubaannya menggunakan filter gambar bermisai tidak disenangi si ibu.

Bukan saja tidak disukainya malah wanita itu juga turut dimarahi ibunya itu gara-gara menggunakan filter tersebut. Bukan itu saja, reaksi dari ahli keluarga yang lain turut membuatkan netizen berdekah melihatnya.

Di dalam video yang dikongsikan ini, wanita itu memberitahu dia berkongsikan gambar selfienya menggunakan filter misai itu. Walaupun dia hanya berniat mahu bergurau sahaja, lain pula reaksi yang diterimanya.

Ibunya kemudian menghantar pesanan suara memarahi cubaannya menjadi lelaki itu. Malah dia turut memberitahunya anak lelaki yang ada di dalam keluarga sudah cukup untuknya dan wanita itu tidak perlu menambahnya.

Lebih mencuit hati, si ayah turut menghantar pesanan suara dengan mengejek anak perempuannya gara-gara dimarahi isterinya itu. Bukan saja si ayah, adik lelakinya juga turut sama menjadi ‘batu api’ di dalam perbualan ini.

Meninjau di ruangan komen, netizen turut sama berdekah melihat reaksi yang diterima wanita ini. Ada juga yang berseloroh mungkin juga mood ibunya tidak berapa baik pada masa dia menghantar gambar tersebut.

“Hahaha yang batu api pun.”

“Time kena marah berduyun-duyun masuk group semua ye…”

“Ibu-ibu selalu ambik serious tau.”

“Comel je ayah dia.”

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Catatan Terakhir

Sumber : HCL

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*