Pelakon dan penyanyi, Erra Fazia berkongsi detik lucu apabila memaklumkan anaknya, Engku Aleesya dikatakan telah terlupa untuk memasukkan air sewaktu ingin menanak nasi.
Jelas Era, perkara tersebut hanya disedari olehnya ketika mereka sedang bersiap sedia untuk menikm4ti hidangan makan malam.
View this post on Instagram
“Moment ni akan ku kenang sampi bila-bila. Kisahnya dia dok bangga dia dah pandai masak nasik. Mom nya pun dengan penuh rasa bangga masak simple lauk and dia ditugaskan masak nasik.
“Sekaliiiii bila time nak makan, buka-buka periuk..dia lupa masuk air daaa. Takkan nak makan beras kering! Nasib baik ada standby nasi lemak.
“Alahaiii anakkk..its ok sayang.. don’t give up!! Nanti cuba lagi okay,” tulisnya.
Kisah tersebut dikongsikan oleh pelakon drama, Gerak Khas The Finale itu menerusi sebuah hantaran yang dimuat naik di laman Instagram.
Bagaimanapun, Erra tetap memberikan kata-kata semangat buat anaknya untuk tidak berhenti mencuba lagi selepas ini.
Menerusi ruangan komen, rata-rata netizen dan rakan artis ternyata terhibur melihat telatah dua beranak itu selain turut memuji usaha Aleesya yang telah pun mencuba sehabis baik.
“Don’t give up Aleesya. Anak d4ra yang dah 24 tahun dah tua bangka pun tak tahu masak nasik. Tahu makan je.
“Dia bukan tak reti cuma terlupa je.
“Hahaha takpe sekurang-kurangnya dia try juga masak nasi.
“Hahaha Aleesya sangat jujur orangnya. Haha cute.
“Takpe Aleesya. Aunty pun kadang-kadang lupa hidupkan suis banyak now pikir gitu ler,” antara reaksi-reaksi netizen di ruangan komen.
Komen Netizen:
Dalam perkembangan lain, Media Hiburan kini sedang menganjurkan pertandingan menarik bersempena dengan MCO 3.0 ini, siapa tahu rezeki akan jadi milik anda.
Pertandingan nyanyian ‘Karok Lockdown’ khas buat anda yang mahu ketengahkan bakat menyanyi, kalau bertuah ganjaran wang tunai menanti!
Sumber: Instagram Erra Fazira
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!
Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Catatan Terakhir
Sumber : MH
Leave a Reply