Izara Aishah minta industri lakonan berhenti buat cerita ‘fantasi’, netizen kongsi idea

Semua orang familiar dengan kualiti industri lakonan tempatan kita. Banyak kekurangan yang perlu diubah untuk mencapai tahap kualiti filem antarabangsa, terutamanya dari segi penulisan dan mutu lakonan.

Masalah yang timbul dalam drama-drama di televisyen juga sering kali melibatkan perkara yang sama, iaitu jalan cerita basi dan klise serta kekurangan kemahiran lakonan.

Malah telah ramai individu-individu baik yang profesional dalam industri lakonan mahupun peminat filem membincangkan tentang perubahan-perubahan yang patut berlaku dalam karya moden agar industri seni tanah air dapat pergi jauh.

Izara Aishah adalah antara yang sering kali mengkritik bidang kerjayanya itu seperti mempersoalkan pengambilan pelakon-pelakon instafamous.

Terbaru pula menantu TokTi itu menyuarakan bahawa pembikin drama perlu berhenti menulis cerita ‘fantasi’ seperti yang berkaitan tentang guru jatuh cinta dengan murid, atau kisah-kisah tentang kahwin paksa yang mana dia sendiri pernah terlibat dalam kedua-dua filem seperti itu.

Perkongsian Izara itu mengundang netizen untuk mengemukakan pelbagai idea menarik yang mereka harap akan diterokai pada masa depan.

“Buat lawsuit movie…”

“perg4duhan peguam ala2 mafia…”

“mahsuri , bujang senang , hang li po…”

“Nk drama pasal women empowerment. Pasal cita cita. …”

“request drama doktor2 boleh tak?…”

“pasal sejarah (kisah benar) atau pun kisah atlet…”

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Catatan Terakhir

Sumber : HCL

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*