Datuk AC cakap ‘Buggy’ tapi Maryam faham ‘Bagi’ undang netizen terhibur

Rasanya ramai masih ingat dengan telatah lucu personaliti media sosial iaitu Maryam dan suaminya, Ryzal dalam sebuah rancangan yang dikendalikan oleh Datuk AC Mizal.

Rancangan berjudul Punchline DAC yang memaparkan pasangan Durian Kimchi ini sebagai tetamu jemputan mereka mengundang orang ramai begitu terhibur apatah lagi gelagat Maryam dari Korea yang masih belajar bercakap bahasa Melayu.

Maryam

Walau bagaimanapun, Maryam dan Ryzal merupakan personaliti media sosial yang semakin mendapat perhatian wargamaya di kaca televisyen pula selepas mereka lebih aktif di Instagram, Facebook dan Youtube.

Perkara terbabit membuatkan ramai sangat teruja apatah lagi selepas Datuk AC Mizal memuat naik pula satu rakaman pendek menunjukkan dia bersama pasangan Durian Kimchi itu.

Nampaknya Maryam dan Ryzal bakal muncul lagi bersama Datuk AC Mizal dan perkongsiannya itu menarik perhatian peminat dan pengikut di Instagram.

IMG_20210525_094519

Pun begitu, nampaknya Maryam yang jarang tidak membuatkan orang ramai kering gusi melihat telatahnya itu ketawa lagi selepas Datuk AC Mizal memuat naik gelagat wanita dari Korea itu yang salah faham dengan perkataan digunakan olehnya.

“Aku cakap Buggy… dia cakap bagi apa?? Hihihi, adoi Maryam Maryam…”


Ruangan komen di posting itu pula dihujani dengan reaksi terhibur peminat terhadap Maryam.

“Hahaha bagi la Dato…”

Maryam & Datuk AC

“Hahaha lain yang dicakap…”

IMG_20210525_094645

“Kalau cakap…”

IMG_20210525_094658Maryam & Datuk AC

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Catatan Terakhir

Sumber : HCL

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*