Netizen Ser4ng Instagram Memey Suhaiza, Isu ‘Peny0ndol’ Kembali Diperkatakan

Akaun Instagram milik pelakon dan usahawan Memey Suhaiza menjadi sasaran kritikan netizen selepas Abby Abadi berkongsi kisah kehidupannya sejak berpisah dengan Norman Hakim 17 tahun lalu.

Tindakan Memey yang dilihat terus aktif memuat naik video promosi produk jenamanya turut dipersoalkan, apabila ada yang menganggap dia tidak peka terhadap isu melibatkan Abby, anak-anak tirinya dan Norman.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by wifeyNH (@memeysuhaiza)

Macam tak ambil peduli isu yang sedang melanda keluarga sebelah sana. Asyik ‘update’ media sosial saja macam tak ada apa-apa yang berlaku. Entah la.

Tunjuklah bahagia, gembira macam mana sekalipun, tetaplah penyondol.

Netizen turut menggesa Memey agar menegur Norman supaya menunaikan tanggungjawab memberi nafkah kepada anak-anak hasil perkahwinan terdahulu.

Sis nasihatlah Norman supaya bagi nafkah kepada anak-anak Abby. Tanggungjawab bapa, jangan lepas tangan.

Sebelum ini, Abby mendakwa Norman mengabaikan tanggungjawab terhadap anak-anak mereka termasuk dari segi nafkah dan perhatian.

Dia juga meluahkan rasa terkilan apabila Norman mampu membeli kenderaan mewah sedangkan anak kandungnya terpaksa menanggung hutang selama sembilan tahun untuk membayar ansuran kereta.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Catatan Terakhir

: Sumber

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*