
Tindakan usahawan kontroversi, Datuk Seri Aliff Syukri yang meminta kambing peliharannya untuk memberi ulasan atau ‘review’ terhadap produk jeruk mangga yang dijual mencuit hati wargamaya.
Kambing disuruh review
Menerusi perkongsian di TikTok, Aliff dilihat sedang mempromosikan produk tersebut kepada pengguna media sosial.
Namun, tindakan spontannya yang menyuap jeruk ke dalam mulut seokor kambing yang diberi nama Tasya mengundang gelak tawa netizen.
Lebih menghiburkan apabila kambing itu telan kesemua jeruk tersebut tanpa memberi sebarang reaksi pelik.
Rata-rata wargamaya yang singgah ke ruangan berasa terhibur dengan gelagat lucu usahawan itu.
Noh, dia suruh kambing review dan jual pula, lucu la Datuk.
Lepas ni mesti Tasya kena jual handbag pula.
Semua hali keluarga dah pernah promote, kali ini kambing dia pun dah tak selamat, haha.
VIDEO
@papalarisofficial Tasya pun jujur dengan papa korang, di sukai jeruk mangga papa, stock limited nak beli tekan bag kuning
Sumber: TikTok
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!
Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Catatan Terakhir
Leave a Reply