
Keakraban pelakon, Muaz Zabir bersama anak-anak kepada penyanyi dan aktres, Bella Astillah mencuri perhatian ramai.
Anak-anak Bella manja dengan Muaz
@muaz.zabir Drama ini princess 🤣🤣
Menerusi video yang dikongsikan, Muaz dilihat melakukan trend TikTok bersama dua cahaya mata Bella iaitu Ayden Adrean dan Ara Adreanna, serta beberapa individu lain.
Gelagat comel mereka mencuri tumpuan netizen yang menyifatkan anak-anak Bella tampak begitu mesra dan selesa dengan Muaz.
Ayden peluk Muaz
@thekhayalan869 Nah utk korg yg asyik bagi -tive dkt sis dari malam tadi tuu 🤭🫣😆 suda nmpk kah belum , itu kan Bella bngtau smlm 😘😍🥰 nda percaya juga kamurang 🤣🤣🤣 ini kisah Ami + Muaz 🫶🏻 #AmiIlana #MuazZabir #Trending #fypppppppppppppp @Ami Ilana @Muaz zabir
Dalam satu lagi video, Ayden kelihatan berlari menyambut kedatangan Muaz yang hadir beraya di rumah Bella. Lebih menarik perhatian, Ayden terus memeluk erat Muaz sebelum didukung oleh aktor tersebut.
Meninjau ke ruangan komen, rata-rata netizen memuji sikap Muaz yang mesra dan pandai melayan Ayden dan Ara.
Malah mereka turut memuji sikap profesional Bella dan Muaz yang masih berkawan baik meskipun hubungan mereka sebelum ini didakwa tidak berpanjangan.
Fokus ke Muaz dan Ayden. Ara pun manja sangat dengan dia. Mungkin mungkin betul-betul ada untuk diorang masa awal perpisahan tu dan cuba buat dua-dua happy balik.
Wah mesranya anak Bella dengan Muaz, sweet sangat.
Ayden dan Ara memang rapat dengan Muaz. Lagipun Muaz memang penyayang.
Macam anak-anak yang rindu sangat dengan ayah diorang. Semoga Muaz terus sayang anak-anak Bella sampai bila-bila.
Suka tengok Muaz layan anak-anak Bella. Lembut je nampak ikhlas, tak kekok pun ya. Budak-budak boleh rasa siapa yang ikhlas dan dia betul-betul sayang.
Korang bayangkan sebenarnya Bella dengan Muaz, tapi dengan Syed Saddiq konten je.
Ara rapat dengan Muaz, yang Ayden rapat dengan YB.
Sedih lah, dulu suka tengok Muaz dengan Bella. Apa terjadi? rasanya Muaz lagi sesuai dengan Bella.
Sumber: TikTok Muaz, The Khayalan
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!
Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Catatan Terakhir
Leave a Reply