Ibu Aisyah Aziz Gembira Dapat Menantu, Doa Rumah Tangga Sentiasa Dilindungi Allah

Ibu kepada penyanyi, Aisyah Aziz, Siti Hafiza meluahkan rasa syukur apabila anaknya selamat bergelar isteri kepada jejaka pilihan hati, Dr. Mohd. Fakhrudin Amir Mohd Ismail, pada Sabtu.

Titip doa buat Aisyah

 

View this post on Instagram

 

A post shared by S Hafiza Basharahil (@fizaaziz)

Menyambut baik kehadiran Amir sebagai insan baharu dalam keluarga, Hafiza mendoakan agar perkahwinan Aisyah bersama suami kekal bahagia hingga syurga.

Alhamdulillah segala puji pada Allah Yang Maha Esa di atas nikmat yang telah diberikan kepada kami sekeluarga.

Kami menyambut anakanda Mohd. Fakhrudin Amir dalam keluarga besar kami diringi doa dan restu semoga rumahtangga yang dibina sentiasa dilindungi Allah hingga ke jannah.

Hafiza berkongsi perkara itu menerusi sebuah hantaran di Instagram miliknya.

Pada hantaran sama, Hafiza turut menitipkan doa buat Aisyah supaya perjalanan rumah tangganya sentiasa dipermudahkan.

Buat anakanda Aisyah, walau akan berada jauh dimata tapi sentiasa dekat dihati dan dalam doa kami.

Pada Jumaat, Aisyah selamat bergelar isteri kepada jejaka pilihannya, Dr. Mohd. Fakhrudin Amir Mohd Ismail di Singapura dalam sebuah majlis yang diadakan secara tertutup.

Lelaki yang berjaya menambat hati Aisyah atau nama lengkapnya Nur Aishah Aziz, 31, merupakan abang kepada PU Riz sekali gus penyanyi tersebut bergelar biras kepada Neelofa.

Sumber: Instagram

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Catatan Terakhir

 

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*