Zahnita Did4kwa Put4r Bel1t Cerita, Bekas Rakan Kongsi Perniagaan Dedah Segala Rahs1a Gel4p – “Dia Tidak Pernah Dipvkul Suami”

Model terkenal, Zahnita Wilson, 40, yang kini giat menjalankan perniagaan pai melalui media sosial, berdepan dakwaan kontroversi berikutan kegagalan menyelesaikan tempahan pelanggan, walaupun bayaran telah dibuat.

Isu ini mula tercetus selepas seorang individu yang dipercayai bekas rakan niaga kepada Zahnita tampil membuat pendedahan menerusi akaun aplikasi Thread dengan nama pengguna @neysahz.

rakan kongsi dedah sisi gelap zahnita wilson

Menurut individu berkenaan, beliau turut pernah membantu dari segi kewangan ketika Zahnita didakwa mengalami masalah rumah tangga dan menjadi mangsa keganasan rumah tangga.

Dia dah rancang lama sebelum (kisahnya) tular lagi. Ya, dulu saya pun naif percaya dengan cerita dia.

Namun selepas bekerjasama dari Ogos 2024 sehingga Februari 2025, banyak perihal diri beliau yang selalu diubah sampai berputar otak saya dan rakan-rakan lain.

Individu itu turut menyifatkan cerita yang dikongsi Zahnita kepada umum sebagai “kisah dongeng” dan menzahirkan rasa simpati terhadap keluarga Zahnita.

Saya turut bersimpati ke atas anak-anak, suami dan ibu mertua atas segala damage yang berlaku.

Tambahnya, anak-anak Zahnita terutamanya anak sulung turut terabai dan tidak dipertahankan oleh ibu mereka ketika dikecam di media sosial.

rakan kongsi dedah sisi gelap zahnita wilson

Zahnita wilson

Walaupun berdepan dakwaan tersebut, tinjauan di laman Instagram Zahnita mendapati beliau masih aktif mempromosikan produk pai dan dilihat terus menerima tempahan pelanggan.

Terdahulu, pada 3 Disember tahun lalu, Zahnita mengejutkan industri hiburan apabila memfailkan permohonan cerai terhadap suaminya di Mahkamah Rendah Syariah Kuantan, Pahang selepas mendakwa dirinya menjadi mangsa keganasan rumah tangga.

Suaminya, Abdul Zackery, bagaimanapun mengaku tidak bersalah terhadap pertuduhan mencederakan isteri di Mahkamah Majistret Kuantan.

Pasangan itu berkahwin pada tahun 2005 dan dikurniakan empat orang cahaya mata iaitu Zahrafeena, 18, Zasharayna Ghouse, 13, Zahlia Syawwal, 8 dan Abd Zayden Ghouse, 4.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Catatan Terakhir

: Sumber

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*