
Viral di TikTok, seorang doktor tampil memberikan penjelasan saintifik yang cukup menarik tentang fenomena pelik yang sering dialami ramai orang — rasa ingin membuang air besar setiap kali melangkah masuk ke kedai seperti Eco-Shop atau Daiso.
Menurut @dr.raihana.ismail, dalam video yang kini tular di TikTok, simptom sakit perut secara tiba-tiba ketika memasuki kedai berkenaan sebenarnya adalah sesuatu yang normal dan ada penjelasan saintifik di sebaliknya.
@dr.raihana.ismail Asal nak shopping je, terkepit-kepit rasa nak membuang… Ada tak yang macamni ? Jom belajar kenapa . Komen ‘oo baru tau’ kalau anda suka info ni. #efferty #drraihanaismailofficial
♬ original sound – DR. Raihana Ismail | Efferty – DR. Raihana Ismail | Efferty
Ada penjelasan sains di sebaliknya. Nama benda ni adalah Mariko Aoki Phenomenon. Istilah ni asal dari Jepun yang pertama kali disebut dalam sebuah majalah pada tahun 1985 oleh seorang wanita bernama Mariko Aoki.
Dia perasan setiap kali masuk kedai buku, dia akan rasa nak berak secara tiba-tiba. Lama-lama, ramai orang lain mengaku benda sama dan fenomena ni pun mula dikenali dengan nama dia.
Fenomena yang mula dikenali sejak tahun 80-an ini kini dikaitkan bukan sahaja dengan kedai buku, malah kedai serbaneka seperti Eco dan Daiso. Menurut Dr. Raihana lagi, bau bahan tertentu dan suasana dalam kedai juga memainkan peranan penting.
Kedai Eco dan Daiso banyak barang baru. Plastik, buku, kertas. Bau spesifik ni boleh trigger reaksi dalam usus. Scented trigger ni akan aktifkan sistem saraf parasimpatetik yang kawal pergerakan usus.
Suasana tenang, sunyi dan sejuk buat badan relaks. Bila badan relaks, sistem penghadaman pun aktif. Perut pun mula berbisik, sama macam kita duduk rumah tak ada gangguan.
Fenomena ini bukanlah sesuatu yang perlu dirisaukan, tetapi tetap menjadi topik yang menghiburkan dan membuatkan ramai warganet berkongsi pengalaman serupa di media sosial.
Jadi, jika anda tiba-tiba ‘digesa’ ke tandas setiap kali membeli barang RM2.40, kini anda tahu sebabnya!
Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!
Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Catatan Terakhir
: Sumber
Leave a Reply