
Trend berjoget sebelum menerima duit raya yang tular di media sosial, terutamanya di TikTok, telah menimbulkan kontroversi selepas timbul dakwaan bahawa gerakan tarian itu menyerupai tarian tradisional masyarakat Yahudi.
‘Ini tak boleh kata apa, memang Yahudi’
@share.ilmu41
Pendakwah terkenal, Ustaz Azhar Idrus, tampil memberi penjelasan berhubung isu tersebut yang semakin hangat diperkatakan netizen.
Ini yang terbaru ni, joget yahudi. Mula-mula kita rasa betul ke tarian Yahudi sebab pergerakannya sama. Ini tak boleh kata apa, memang yahudi.
Menurut Ustaz Azhar, perkara tersebut berkait rapat dengan hadis yang menyebut: ‘Barangsiapa yang menyerupakan dirinya dengan satu kaum, maka dia termasuk dalam kaum itu.’
Tambah Ustaz Azhar, umat Islam perlu berhati-hati dalam meniru budaya atau amalan yang datang daripada agama lain, lebih-lebih lagi jika ianya berkait dengan identiti keagamaan sesuatu kaum.
Adakah jadi kafir yang joget yahudi macam dalam TikTok? Ada dua jawapan iaitu yang pertama, haram sahja semata-mata ikut kerana kejahilan.
Kedua, dia tahu dah benda tu daripda perkara yang haram, dihalal pula. Itu yang jadi kafir.
Susulan daripada itu, Ustaz Azhar turut menyeru agar masyarakat tidak menjadikan hiburan sebagai alasan untuk membelakangkan hukum agama, terutama ketika menyambut hari raya yang sepatutnya dipenuhi dengan amalan mulia dan kesyukuran.
Fenomena joget duit raya ini dikatakan mula popular apabila ramai pengguna TikTok memuat naik video menari dengan gaya tertentu sebelum diberikan duit raya, sebagai satu bentuk ‘challenge’ dan hiburan sesama keluarga atau rakan-rakan.
Sumber: TikTok
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!
Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Catatan Terakhir
Leave a Reply