
Pelakon Zamarul Hisham memaklumkan keadaan kesihatan semakin baik selepas dimasukkan ke hospital pada awal Februari lalu.
Kini bergantung kepada ubat
Zamarul berkata, dirinya kini perlu bergantung kepada ubat-ubatan demi memastikan kesihatannya terkawal.
Sekarang saya perlu makan ubat setiap hari. Selepas dibenarkan keluar hospital saya perlu makan tujuh jenis ubat, tapi sekarang sudah tinggal lima jenis ubat saja.
Tahap kesihatan saya pula semakin pulih, tetapi jika saya tak kawal pemakanan, saya akan mula rasa tidak selesa pada bahagian jantung. Sekarang ini saya sentiasa bawa ubat ke mana-mana.
Masa di Unit Rawatan Rapi (ICU) selama tujuh hari, saya memang berjanji pada diri untuk jaga pemakanan dan kesihatan. Tapi bila masuk hari kelima di rumah, semuanya tinggal janji.
Zamarul berkongsi perkara tersebut ketika ditemui pada majlis tayangan perdana filem ‘Blood Brothers Bara Naga’ bertempat di GSC IOI City Mall, Putrajaya pada Isnin.
Berkongsi lanjut, pelakon yang terkenal menerusi filem ‘Blok 404’ itu berkata, dia perlu menjalani satu lagi prosedur sten di bahagian kiri jantung selepas menjalani prosedur sama di bahagian kanan jantung.
Sepatutnya dua sten perlu dipasang, tapi doktor hanya pasang satu dulu kerana enggan mengambil risiko. Lagipun satu sten mengambil masa lebih dua jam.
Kalau diikutkan saya sudah dijadualkan untuk pembedahan kedua, tapi saya ikhtiar dulu dengan pengambilan ubat tradisional. Harapnya untuk temu janji seterusnya, doktor maklumkan yang saya tak perlu jalani pembedahan itu.
Sekadar info, Zamarul dimasukkan ke ICU, Hospital Port Dickson, Negeri Sembilan kira-kira jam 2 pagi akibat sesak nafas ketika di lokasi penggambaran pada 5 Februari lalu.
Kemudiannya, Zamarul dipindahkan ke sebuah pusat perubatan di Sunway untuk rawatan lanjut.
Untuk perkembangan terbaharu, Zamarul bakal tampil sebagai DSP Adlin dalam filem terbaharu arahan Syafiq Yusof yang bertajuk ‘Blood Brothers: Bara Naga’ yang bakal ditayangkan di 146 pawagam terpilih bermula esok.
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!
Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Catatan Terakhir
: Sumber
Leave a Reply