Ibu M4rah Anak Derma Semua Duit Raya Ke Tabung Masjid – “Sepatutnya Tolong Orang M1skin, Bukan Jadi Sebahagian Daripada Mereka”

Luahan seorang ibu tentang tindakan dan keputusan anaknya terhadap duit Raya yang diterima telah meraih perhatian ramai serta turut mencetuskan perdebatan.

Hari ini saya tanya secara santai apa rancangan dia dengan duit Raya. Dia jawab, ‘Saya dah masukkan dalam tabung masjid’.

Si ibu berkongsi tentang perbualannya bersama anak di laman sosial Threads dan menerima kritikan ramai apabila dia dilihat tidak bersetuju dengan keputusan anaknya bersedekah.

Sepatutnya tolong orang miskin, bukan jadi sebahagian daripada mereka. Tak bertanggungjawab langsung. Dah tiba masa ceri kerja. Bangun dan sedarlah tentang bil-bil yang perlu dibayar, anak oi.

Mungkin niatnya mahu berseloroh namun sebaliknya si ibu menerima kecaman. Ramai netizen berpendapat tindakan anaknya itu adalah satu perbuatan murni dan didikan yang baik serta patut dibanggakan namun lain pula penerimaan ibunya.

Seorang netizen berkata jika kanak-kanak sekecil itu sudah mempunyai jiwa untuk memberi dan memilih untuk bersedekah daripada menyimpan, tindakan itu tidak salah sebaliknya murni.

Dia tak join orang miskin, dia bantu. Charity bukan untuk orang kaya, derma tak kira umur dan latar belakang. Jangan hina anak sebab buat benda baik.

Rata-ratanya memuji keikhlasan dan kejujuran anak wanita itu kerana memikirkan tentang mereka yang memerlukan serta melakukan kebaikan bersedekah pada usia kecil sebegitu.

Dalam pada itu, segelintir netizen menasihati si ibu tersebut agar bersyukur kerana anaknya menderma tanpa berfikir panjang tatkala ramai kanak-kanak di zaman ini mudah terpengaruh dengan budaya materialistik dan membazirkan wang.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Catatan Terakhir

: Sumber

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*