Syedewa Dilarang Kongsi Foto Hasil Solekan Dewi – ‘Pertama Kali Selama 15 Tahun Jadi Makeup Artis, Orang Cakap Jangan Post Result’

Jurusolek terkenal, Syedewa merupakan individu yang bertanggungjawab menata rias wajah pempengaruh, Dewi di majlis pernikahannya bersama suami, Jofliam yang berlangsung Sabtu lalu.

Jangan kongsi foto Dewi

Walau bagaimanapun, Syedewa mendedahkan dia menerima pesanan mesej daripada pengguna media sosial yang memintanya supaya tidak berkongsi foto hasil solekan Dewi atau nama sebenarnya Emira Delyati.

Pertama kali selama 15 tahun aku jadi makeup artis, ada orang DM aku cakap jangan post result makeup yang aku buat sebab kalau aku post maksudnya aku sokong mana-mana pihak.

Dalam hal ni, aku tahu la sikit-sikit tapi tak adalah ambil port sangat. Tak semua yang lalu FYP korang lalu FYP aku. FYP aku main game santai-santai dan content makeup mostly.

Mungkin juga sebab circle aku pun tak update sangat fasal benda-benda peribadi.

Syedewa berkongsi perkara itu menerusi hantaran di Instagram Story miliknya.

Profesional

Menghormati pihak yang sensitif dengan isu yang berlaku, Syedewa bagaimanapun tetap berkongsi foto hasil kerjanya memandangkan dirinya sudah lama dalam dunia solekan.

Jadi aku mengambil jalan tengah. Aku hormat orang yang sensitif dengan isu ini. Tapi aku kena menghormati juga kerjaya aku sebagai seorang pak cik yang dah lama ‘passionate’ dengan makeup.

Pada perkongsian lain, Syedewa turut berkongsi sekeping foto memperlihatkan hasil solekan Dewi dalam persalinan busana serba putih.

Terdahulu, Dewi didakwa sebagai individu yang menjadi punca kepada perpisahan antara Jofliam dan bekas isterinya, iaitu usahawan dan pempengaruh Cik Epal.

Jofliam kemudian mengakui menjalin hubungan cinta dengan Dewi serta memaklumkan bahawa mereka bakal mendirikan rumah tangga dalam masa terdekat.

Untuk rekod, Jofliam dan Cik Epal berkahwin pada 1 Jun 2014 dan dikurniakan dua cahaya mata, Han dan Yuki. Namun, selepas 10 tahun bersama, mereka disahkan bercerai tahun lalu.

Sumber: Instagram

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Catatan Terakhir

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*