
Selepas kejadian melafazkan cerai melalui panggilan telefon, seorang individu dipercayai rakan kepada Shuk Sahar yang dikenali sebagai Adam Johari menitipkan kata-kata semangat kepada pelawak itu.
Ujian Yang Maha Kuasa
Percaya setiap ujian ada hikmahnya, Adam memuji sikap pelawak berusia 39 tahun itu yang tidak pernah menyebarkan aib mana-mana pihak di media sosial.
Malah, Adam turut menyelar tindakan isteri Shuk, Fara Salleh yang membuka pekung keluarga sehingga diketahui umum.
Dalam hidup penuh cabaran, dugaan dan ujian. Kadang kala kita terlupa manusia diuji di tahap kemampuannya oleh Yang Maha Kuasa.
Hati boleh berbolak-balik tapi maruah harus dipertahankan. Biar dia berkata macam-macam terhadap dirimu, membuka aib seorang suami, tidak perlu dibicarakan di media sosial.
Penghinaan terhadap anak yang tidak berdosa, terlupa dia akan jadi ibu pada masa akan datang.
Adam berkongsi perkara itu menerusi hantaran di Instagram Story dan kemudian diulang siar atau ‘repost’ semula oleh Shuk.
Sentiasa positif
Tambah Adam, Shuk harus kuat menghadapi dugaan yang melanda dan mengambil segala kecaman sebagai titik tolak untuk memperbaiki diri ke arah kebaikan pada masa akan datang.
Shuk, aku ‘respect’ kau tak pernah sekali pun buka aib orang di media sosial. Ambil lah kecaman sebagai satu cara kita sama-sama perbaiki diri dan menjadi yang lebih baik.
Pada Isnin, Shuk telah melafazkan cerai terhadap Fara melalui panggilan telefon.
Fara bagaimanapun tidak mengetahui mengapa suaminya itu melafazkan cerai ketika berada di Thailand.
Syukur tidak lagi hidup bersama Shuk, Fara berkata, dia mahu selesaikan kes perceraiannya di Malaysia dan minta didaftarkan.
Sumber: Instagram
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!
Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Catatan Terakhir
Leave a Reply