
Usahawan dan pempengaruh sensasi, Anes Ayunie membalas komen seorang individu yang kurang senang dengan tindakannya berkongsi momen membeli 15 kilogram koleksi barangan kemas, baru-baru ini.
‘Sebab tu kau tak senang-senang’
Menerusi komen yang ditinggalkan di sebuah portal hiburan, seorang individu dilihat meluahkan rasa tidak puas hati dengan tindakan Ayunie mempamerkan kemewahannya secara terbuka. Lebih mengejutkan apabila individu itu melemparkan makian dan kata-kata kesat kepada usahawan terbabit.
Komen netizen – Puk*mak ang tak apa lah duit banyak, kami ni cukup-cukup makan. Nak makan ke nak beli ems fikir 100 kali.
Tidak berdiam diri, Ayunie tampil memberikan respon tegas terhadap tindakan tidak beradab individu berkenaan. Bekas adik ipar kepada pempengaruh Iqbal Zulkefli ini mengakui tidak tahu mengapa individu tersebut iri hati dan berkata sedemikian sedangkan mereka tidak mengenali antara satu sama lain.
Ayunie – Maaf kalau bunyi kasar, nak cakap sebab tu kau tak senang-senang, tak cukup-cukup sebab tengok orang dapat rezeki pun kau sumpah puk*mak ang. Aku tak ada buat apa-apa dekat kau, tak ada susahkan kau pun. Tak ada hutang kau pun, tiba-tiba kau bitter.
Dia turut menasihati agar masyarakat lebih berlapang dada melihat rezeki orang lain dan mengingatkan tentang pesanan Nabi SAW agar selalu bersedekah.
Ini kalau Allah bagi senang tak tahu lah macam mana gayanya. Tengah tak ada duit pun menyumpah orang. Padahal Nabi dah ajar bersedekahlah waktu kita kurang duit, InsyaAllah berganda rezeki masuk. Tapi kau memaki hamun, tu yang susah makin susah.
Menurut Ayunie, perkongsiannya bukanlah untuk menunjuk kemewahan, sebaliknya bertujuan memberikan kesedaran mengenai kepentingan pelaburan emas, lebih-lebih lagi dalam keadaan ekonomi yang tidak menentu.
@mstarmalaysia Bukan riyak tapi ada sebab influencer Anes Ayunie beli emas 15 kg… Siap upah ‘bodyguard’ jaga 24 jam #mstar #sembangentertainment #anesayunie
Sumber: Instagram Anes Ayunie
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!
Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Catatan Terakhir
Leave a Reply