
Kemelut rumah tangga pelawak Shuk Sahar dan isterinya, Fara Salleh, dilaporkan sudah berakhir apabila Shuk didakwa telah menceraikan Fara dengan talak satu.
Menerusi hantaran di Instagram Story (IGs), Fara berkongsi video yang menunjukkan dirinya diceraikan Shuk melalui panggilan telefon di aplikasi WhatsApp, dengan penglibatan sebuah agensi perkahwinan di Thailand.
Fara mendakwa Shuk memilih untuk menceraikannya di luar negara bagi mengelakkan tuntutan nafkah dan tanggungjawab terhadap anak-anak. Dalam hantaran lain, Fara meluahkan rasa ‘syukur’ kerana Shuk akhirnya menunjukkan sikap sebenar, sambil mendakwa pelawak itu tidak memberi sokongan ketika dia hamil.
Takut ke nak cerai kat Malaysia? Takut aku tuntut nafkah selama ini yang (kau) culas ke? Takut bagi nafkah pada anak kau yang sah ini ke? Anyway, talak akan jatuh selepas aku bersalin.
Aku tetap akan teruskan proses di Malaysia sebab aku nak pengesahan juga di Malaysia. Ada lah yang menghasut suruh ceraikan kat sana (Siam).
Fara turut menyindir pihak yang masih menyokong Shuk, berharap mereka berpuas hati dengan apa yang terjadi.
Setakat ini, Shuk belum memberikan sebarang ulasan mengenai dakwaan tersebut.
Kemelut rumah tangga ini bermula selepas Fara mendakwa menjadi mangsa penderaan mental oleh suaminya, dan juga mengatakan Shuk lebih mengutamakan rakan-rakannya daripada dirinya.
Shuk Sahar dan Fara Salleh mendirikan rumah tangga pada November 2023.
Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!
Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Catatan Terakhir
: Sumber
Leave a Reply