Cik Epal Bangga Jadi Diri Sendiri, Bidas Digelar Bekas Isteri ‘Bitter’ – ‘Tak Pernah Harapkan Validation Orang Untuk Nampak Classy’

Personaliti media sosial dan usahawan, Cik Epal memaklumkan dirinya tidak pernah mengharapkan pengesahan daripada sesiapa untuk menampakkan dirinya seorang yang berkelas.

‘Suka atau tidak terpulang’

Menerusi perkongsian di Instagram, pemilik nama Murni Mahmud berkata dia tidak pernah kisah tanggapan orang terhadap dirinya malah bangga menjadi diri sendiri.

Saya tidak pernah hadap validation orang untuk nampak saya classy.

Saya hanyalah seketul Cik Epal gonjeng dari dulu sampai sekarang. Awak suka saya Alhamdulillah. Kalau tidak suka saya, saya tidak pernah kisah.

Saya seronok saja menjadi diri saya. Saya lagi prefer awak benci saya sebab saya jadi diri sendiri daripada awak suka saya sebab saya berperangai munafik.

Jelasnya, orang ramai terbuka untuk memilih orang yang mereka suka kerana dia tidak mempunyai kuasa untuk memuaskan hati semua orang.

Kalau saya tak kena dengan tekak awak, cari lah orang yang sesuai dengan tekak awak. Mudah bukan? Saya tak kan boleh puaskan tekak semua orang.

Sebelum ini, tular di media sosial pengarah dan penerbit sensasi, Michael Ang menegur tindakan wanita dipercayai Cik Epal yang secara terbuka mengutuk bekas suaminya di media sosial selepas lelaki itu mendirikan rumah tangga semula.

Difahamkan, Michael menyelar sikap Cik Epal yang dilihat terlalu emosi dan tidak menjaga kata-kata.

Sumber: Instagram

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Catatan Terakhir

 

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*