[VIDEO] Individu Dakwa Kena Beli Produk Dulu Baru Bergambar, Zain Saidin Bidas – ‘Beli Tanda Support & Gambar Itu Free Gift’

Pelakon Zain Saidin menjawab isu berkaitan meminta peminat untuk membeli produk di gerai miliknya sekiranya mahu bergambar dengannya dan juga isteri, Rozita Che Wan.

‘Boleh tapi kena beli dulu’

Menerusi perkongsian terbaru di TikTok, pemilik nama Mohammad Zain Mohd Saidin tidak menafikan dakwaan itu malah menyatakan sebab mengapa dia meminta sedemikian.

Saya jawab kepada dia ‘boleh’, tapi beli produk kami kemudian baru boleh bergambar.

Kerana bergambar dengan kami bukan kena bayar tapi bila awak beli produk kami tandanya awak sokong kami.

Jadi, kami beri gambar itu sebagai free gift.

Menjelaskan lebih lanjut, Zain berkata dia membuka gerai itu kerana mahu berniaga menjual produknya namun rata-rata orang ramai yang datang hanya mahu bergambar.

Tapi kena faham satu benda, kami datang sini berniaga buka booth, kami tidak dibayar apa-apa langsung sebaliknya kena bayar untuk buka booth, tiket penerbangan, penginapan, makanan, staf, pengangkutan barang dan semua itu pakai duit.

Kebanyakan orang datang ke booth nak bergambar sahaja kemudian balik dan produk kami tidak terjual.

Zain berkata demikian ketika menjelaskan mengenai isu memberi layanan yang tidak acuh kepada peminat di Borneo Fest 2025 di SICC, Kota Kinabalu baru-baru ini.

Datang nak berniaga

@zainsaidin23

Kadang kita cuba paham orang tapi orang tak penah paham kita. Kadang kita cuba jaga perasaan diorg tapi dorang tak penah nak jaga perasaan kita. Ape2 pun selamat Hari Raya Aidilfitri Maaf Zahir Dan Batin #raya #aidilfitri #sabah

♬ original sound – Zain Saidin – Zain Saidin

Aktor berusia 41 tahun itu juga meminta supaya orang ramai faham motifnya datang ke tempat itu hanyalah untuk berniaga namun ia menjadi token kerana dia merupakan artis.

Kena ingat kami pun kena sara hidup kami dan bukannya duit jatuh dari langit. Kami juga kena usaha dan bekerja. Kalau nak kutuk saya tidak kisah.

Kalau tidak mahu beli produk kami tidak mengapa tetapi jangan paksa kami bergambar dengan anda.

Kalau bergambar sahaja, anda tidak beli produk, kami mati.

Sebelum ini, tular di media sosial berkenaan individu yang merupakan peminat kepada pasangan itu meluahkan rasa kecewa susulan mereka meminta untuk membeli produk sekiranya mahu bergambar.

Sumber: TikTok

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Catatan Terakhir

 

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*