Fattah Amin Meng4ku Sil4p Pelvk Kaki Melissa Campbell – ‘Saya Separa Sedar, Terlampau Menjiw4i Watak’

Pelakon Fattah Amin tampil memberikan penjelasan mengenai adegan kontroversinya dalam drama Keluarga Itu, di mana dia melakonkan babak memeluk kaki pelakon, Melissa Campbell.

Fattah mengaku silap

Dalam drama tersebut, Fattah memegang watak sebagai Ansara, sementara Melissa melakonkan watak sebagai isterinya, Camelia. Menurut Fattah, adegan tersebut berlaku secara spontan kerana dia terlalu mendalami watak ketika penggambaran.

Saya kalau boleh memang nak elak watak atau aksi yang berlebihan. Ketika saya lakonkan babak itu saya berada dalam keadaan separa sedar. Saya terbuat kerana terlampau mendalami watak.

Fattah berkata demikian ketika ditemui di majlis berbuka puasa bersama pelakon drama Keluarga Itu di Shah Alam, pada Rabu.

Pelakon Hero Seorang Cinderella itu turut menegaskan bahawa dia sebenarnya cuba mengelakkan aksi sedemikian, namun sebagai pelakon, kadangkala situasi di set penggambaran membuatkan seseorang terlalu menjiwai karakter yang dibawa.

Kalau boleh memang saya tak nak buat. Saya nak cuba elakkan. Kadang-kadang sebagai pelakon, kita terlalu menjiwai.

Menyedari reaksi pelbagai pihak terhadap adegan tersebut, Fattah mengakui kesilapannya dan menegaskan bahawa dia sentiasa berusaha untuk menjadi individu serta pelakon yang lebih baik.

Tetapi saya mengaku kesilapan saya. Saya pun manusia biasa yang cuba untuk menjadi hamba Allah yang baik, Muslim yang baik, dan pelakon yang baik. Seboleh-bolehnya memang saya nak elakkan.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Catatan Terakhir

Sumber : Sumber

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*