
Duit raya sudah menjadi sebahagian daripada tradisi masyarakat, khususnya di Malaysia, setiap kali menyambut Aidilfitri. Namun, bilakah waktu terbaik untuk memberi duit raya?
Bagi duit raya pada bulan Ramadan
@nina_lut #bagiduitraya #sedekah #bulanpuasa #bulanramadhan #pahaladilipatgandakan #ustazkazimelias #ceramahislam #dakwah #foryourpage #foryou #fypage #fyp
Menurut penceramah dan pendakwah bebas, Ustaz Kazim Elias, dalam Islam, bulan Ramadan adalah bulan penuh keberkatan, dan setiap amalan kebajikan yang dilakukan pada bulan ini akan dilipatgandakan pahalanya.
Oleh itu, memberi duit raya atau sedekah dalam bulan Ramadan dianggap lebih baik dan lebih bermakna.
Tabiat kita bagi duit raya pada hari raya dah masuk bulan Syawal. Kalau bulan Ramadan, pahala dilipat gandakan, bulan berkat. Siapa yang bersedekah dapat pahala berlipat kali ganda. Tiba-tiba kita tak sedekah bulan Ramadan tapi kita tunggu raya. Pahala balik pada asal.
Jadi bermula Ramadan dah boleh sedekah duit raya. Nak bagi duit raya pada mak ayah, bagi pada bulan Ramadan. Jangan tunggu raya, kita nak cari pahala luar biasa yang ada pada bulan Ramadan.
Walaupun duit raya biasanya diberikan pada pagi Syawal, memberi duit raya lebih awal dalam bulan Ramadan sebenarnya lebih afdal kerana ia termasuk dalam kategori sedekah yang digalakkan.
Sumber: TikTok
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!
Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Catatan Terakhir
Leave a Reply