
Penyanyi dan pelakon Nabila Razali menitipkan pesanan buat orang ramai agar tidak menilai seseorang daripada asal usulnya.
Berhenti stereotaip
@mynikinaa Dengar sampai habis tau..jangan gaduh gaduh keyy 🫶🏻 #nabilarazali #rayamana #rayamananabilarazali #fyp
Menerusi perkongsian yang dimuat naik di TikTok, Nabila, 32, atau nama lengkapnya Nur Nabila Mohd Razali dilihat memperjelas mengenai kenyataannya untuk pulang beraya.
Menurutnya, setiap individu memiliki pendapat tersendiri dan harus menghormati segala keputusan.
Baru-baru ini, saya ada muat naik nak balik raya mana.
Tapi itulah, hantaran itu dapat perhatian sehingga bergaduh.
Ada yang cakap kena gilir-gilir, ada jugak yang mula kongsi pengalaman beraya dengan pasangan dari negeri tertentu.
Difahamkan, hantarannya itu mendapat perhatian sehingga berlakunya stereotaip terhadap individu yang berasal daripada sesebuah negeri.
Saya nak selit juga, korang janganlah stereotaipkan orang itu berperangai bagaimana mengikut asal usul negerinya.
Tak semestinya begitu.
Ini semua sebenarnya ikut keinginan masing-masing.
Sumber: TikTok @mynikinaa
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!
Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Catatan Terakhir
Leave a Reply