
Ibu kepada pelakon dan penyanyi Bella Astillah menyorot perhatian warganet kerana menonjolkan kasih sayangnya yang tidak berbelah bahagi terhadap cucu.
Demi cucu tercinta
@sabrinabee78 Replying to @carollinatungku Stay Strong Team BASS🥹.. Terus bersama susah dan senang.. Saling mendoakan 🙏.. Bella kerja dan Umrah.. Kita doakan Bella sihat dan pulang dengan selamat ya 🤲.. Seperti insan kesayangan Bella ni.. Sentiasa ada di saat jatuh bangun Bella.. TQ Mama 🥹❤️!! #grumpymunchkin #bellaastillah #BASS #motivation #syedsaddiq #sabrinabee
Menerusi video yang dimuat naik semula di TikTok, kelihatan ibu kepada Bella iaitu Siti Zarina sedang menggendong cucunya, Mohamed Ayden Adrean ketika hujan lebat.
Bukan itu sahaja, Zarina turut memayungi anak sulung kepada aktres tersebut yang kelihatan masih berpakaian sekolah.
Kekuatan Bella
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warganet merasa kagum dengan pengorbanan Zarina dan menyifatkannya sebagai seorang nenek yang penyayang.
Dalam masa yang sama, mereka turut mendoakan agar Zarina sentiasa dikurniakan kesihatan yang baik.
Sekarang kita tahu dari mana datangnya kekuatan Bella, tengoklah ibunya. Tak semua wanita seusia dia boleh gendong cucu macam tu.
Masya-Allah kuatnya gendong Ayden, saya pula yang sebak dan sebab itu Bella kuat. Bella dikelilingi insan seperti ibunya.
Mama Bella sangat penyayang, Bella ikut perangai mama dia, lemah lembut dan sopan.
Besar pengorbanan mamanya sentiasa ada untuk Bella.
Sumber: TikTok
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!
Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Catatan Terakhir
Leave a Reply