Nabil Fokus Berpuasa & Banyak Berzikir Sepanjang Ramadan, Anggap Ada Hikmah Direhatkan – ‘Sangka Baik Pada Allah’

Pelawak dan penyampai radio, Nabil Ahmad menyifatkan ada hikmah di sebalik kontroversi melibatkannya bersama dua rakan penyampai Era FM iaitu Radin Amir Affendy dan Azad Jazmin.

Banyak berzikir sejak direhatkan

@keriamymama

terima kasih Nabil sudi singgah gerai mama beli laksa! semoga dimurahkan rezeki selalu. 🥰🥰🥰 #kualasungaibaru

♬ Ramadan by Maher Zain – 𝙄𝙝𝙨𝙖𝙣_𝙣𝙚𝙬

Menurut pemilik nama Ahmad Nabil Ahmad ini, dia banyak menggunakan masa untuk berzikir serta memberikan fokus sepenuhnya kepada ibadah puasa sepanjang bulan Ramadan sejak direhatkan.

Ujar Nabil, keputusan direhatkan itu juga merupakan peluang untuk menggandakan ibadah dan mendekatkan diri dengan Yang Maha Esa.

Apa yang dapat saya katakan, semua pihak kena ambil tanggungjawab terhadap apa yang berlaku.

Pengajarannya, kami juga kena lebih berhati-hatilah membuat video parodi pada masa akan datang.

Saya percaya tiada perkara yang tidak baik. Mungkin daripada mata kasar kelihatan seperti tak baik, tetapi ada kebaikan tidak diketahui.

Jadi, bersangka baiklah kepada Allah, pasti perkara baik-baik akan menyusul, insya-Allah.

Kontrak bersama Jakel tetap disambung

 

Lihat siaran ini di Instagram

 

Siaran dikongsi oleh JAKEL TEXTILE – HQ KL (@jakeltextile)

Sementara itu, Pengarah Urusan Kumpulan Jakel iaitu Datuk Seri Mohamed Faroz Mohamed Jakel yang menyifatkan Nabil sebagai sahabat sejati memaklumkan bahawa pihak mereka tetap memilih untuk menyambung kontrak pelawak berusia 42 tahun itu.

Jangan risau, kontrak Nabil tetap disambung, Semua orang buat silap dan Nabil pun sudah meminta maaf. Saya melihat Nabil seorang yang jujur dan ikhlas.

Saya akan sokong Nabil dan berharap peminat memberi semangat kepadanya. Saya dan Nabil sudah 15 tahun bersahabat.

Ketika berdepan kesukaran dalam perniagaan ketika pandemik COVID-19, Nabil datang membantu saya. Dia adalah sahabat sejati.

Sebelum ini, tular video memaparkan Azad Jazmin dipercayai meniru tarian kavadi sambil Nabil menyebut ‘Vel Vel’ disusuli gelak tawa.

Klip video itu mengundang kritikan meluas kerana didakwa telah menghina tradisi kaum Hindu.

Sedar akan kesilapan yang dilakukan, Azad, Nabil dan juga Radin tampil membuat permohonan maaf secara terbuka.

Terdahulu, Maestra Broadcast Sdn Bhd telah dikenakan kompaun sebanyak RM250,000, bagi kesalahan mengikut 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998, iaitu memuat naik kandungan jelik melampau di akaun rasmi TikTok Era FM.

Bagaimanapun, pihak Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia memutuskan untuk tidak menggantung lesen stesen radio terbabit.

Ssehingga kini, Nabil, Azad dan Radin masih lagi digantung tugas sehingga siasatan dalaman selesai.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Catatan Terakhir

: Sumber

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*