
Pelakon Atikah Suhaime meluahkan perasaan yang dialaminya sepanjang proses menjadi ibu kepada puteri sulungnya, Lyla Mulan Teh.
Cemburu dengan pengasuh
@atikahsuhaimeeee Baby blues? 😅 share lah experience you all. #fyp #firsttimemum #postpartumjourney
Menerusi perkongsian yang dimuat naik di TikTok, pemilik nama Nur Atikah Mohd Suhaime berkata bahawa dia merasakan anaknya, Mulan lebih selesa dengan pengasuh berbanding dirinya sebagai ibu kandung.
Tambah Atikah, dia turut sedih kerana tidak mampu menenangkan Mulan yang meragam.
Tak pasti kalau ada yang rasa sama macam saya lepas bersalin.
Saya rasa lama tak update sebab banyak sangat yang saya rasa sekarang.
Dan salah satunya sangat merepek.
Saya rasa baby Mulan lebih sayangkan pengasuh dari saya.
Bila dengan pengasuh, elok je. Bila saya jaga, mula lah nangis, jerit.
Apa yang lagi sedih, setiap kali Mulan jerit, suami saya akan suruh panggil pembantu yang uruskan.
Dalam pada itu, Atikah akui dirinya merupakan seorang yang positif, namun, segalanya berubah setelah dia melahirkan Mulan.
Kata-kata semangat
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen memberi kata- kata semangat kepada pelakon berusia 34 tahun itu untuk tidak berfikiran negatif. Selain itu, warganet turut memahami situasi yang dialami Atikah dan menganggap normal untuk bayi berkelakuan begitu.
Sumber: TikTok @atikahsuhaimeeee
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!
Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Catatan Terakhir
Leave a Reply