70,000 Penjawat Awam Did4kwa Buat Pinjaman Peribadi Untuk Sambut Hari Raya

Menjelang sambutan Aidilfitri, semakin ramai penjawat awam di Malaysia didapati mengambil pinjaman peribadi bagi menampung perbelanjaan sempena musim perayaan ini.

Memetik laporan Utusan, Presiden Angkatan Koperasi Kebangsaan Malaysia Berhad (Angkasa), Datuk Seri Abdul Fattah Abdullah, mendakwa bahawa seramai 70,000 kakitangan awam telah membuat pinjaman peribadi. Jumlah ini menunjukkan peningkatan sebanyak 10% berbanding bulan-bulan biasa yang hanya mencatatkan sekitar 60,000 peminjam.

Menurut Abdul Fattah, peningkatan ini adalah selari dengan trend tahunan di mana permohonan pinjaman peribadi dalam kalangan penjawat awam biasanya meningkat semasa musim perayaan atau ketika menghadapi keperluan kewangan mendesak.

Antara faktor utama yang mendorong kakitangan awam mengambil pinjaman peribadi termasuklah persiapan Aidilfitri seperti membeli baju raya, menyediakan duit raya, perbelanjaan untuk pulang ke kampung halaman, serta persiapan menyediakan hidangan istimewa. Selain itu, keperluan lain seperti pembayaran yuran sekolah dan pendaftaran universiti bagi anak-anak turut menjadi sebab mereka memilih untuk berhutang.

Di samping itu, peningkatan kos sara hidup yang semakin membebankan menyebabkan ramai penjawat awam, terutamanya mereka yang berpendapatan rendah dan sederhana, terpaksa bergantung kepada pinjaman sebagai penyelesaian jangka pendek. Kekurangan simpanan kecemasan turut menjadi faktor utama yang mendorong mereka untuk mendapatkan pinjaman peribadi bagi menampung keperluan kewangan mereka.

Abdul Fattah turut mendedahkan bahawa Angkasa telah menguruskan lebih 800,000 kakitangan awam yang mengambil pinjaman melalui sistem pemotongan gaji, dengan jumlah potongan mencecah antara RM1.2 bilion hingga RM1.5 bilion setiap bulan.

Sehubungan itu, dia menasihatkan kakitangan awam agar merancang kewangan dengan lebih bijak, mengelakkan perbelanjaan yang melebihi kemampuan, serta mula membina tabungan bagi keperluan kecemasan pada masa hadapan.

Selain itu, dia turut mengingatkan agar Aidilfitri disambut dengan kesederhanaan supaya penjawat awam tidak dibebani dengan hutang yang boleh memberi tekanan kewangan jangka panjang.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Catatan Terakhir

: Sumber

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*