
Penerbit terkenal, Erma Fatima mendedahkan menerima banyak mesej dan luahan daripada mangsa-mangsa gangguan seksual berikutan drama Keluarga Itu.
Masyarakat semakin parah
Ketika ditemui OhBulan!, Erma atau nama lengkapnya Fatimah Ramad Ali berkata, dia tidak mampu menahan air mata selepas mendengar realiti sebenar yang dihadapi oleh mangsa-mangsa tersebut.
Dalam telefon saya penuh dengan DM (direct message) mangsa-mangsa dirogol bapa, abang, datuk dan pak cik mereka sendiri. Mereka meluahkan perasaan mereka kepada saya.
Ada yang sudah melahirkan anak. Sampai satu tahap mangsa bahkan tidak tahu bagaimana untuk memberitahu anak itu bahawa ayah mereka sebenarnya adalah datuk mereka.
Ada yang berusia 5 tahun sudah tahu benda-benda ini sebab terdedah dengan bahan lucah dan penyalahgunaan dadah. Menangis saya mendengarnya.
Menurut Erma, dia terpanggil untuk menghasilkan karya tersebut selepas melihat masyarakat kini sedang berdepan dengan masalah sosial yang kronik.
Sebenarnya separah itu masyarakat kita dekat luar sana tapi kita tak nak tengok sebab kita terlalu taksub dengan cerita penyondol. Sampaikan kita lupa ada isu lain yang lebih besar.
Erma berkata demikian ketika di majlis berbuka puasa bersama peminat drama Bidaah yang berlangsung di Aloft, Kuala Lumpur baru-baru ini.
Ramai mangsa takut
Bercerita lanjut, penerbit berusia 58 tahun itu memberitahu, dia juga turut menerima pelbagai reaksi daripada mangsa-mangsa gangguan seksual selepas mereka menonton drama tersebut.
Saya balas mesej dan ada juga kami bersiaran langsung bersama, dari situ saya mendengar setiap keluh resah mereka.
Apabila mereka melihat drama itu, mereka trauma, ada yang teringat kembali (tragedi dirogol) dan ada juga yang mendapat kekuatan.
Tetapi semua kes itu ditutup ‘di bawah karpet’. Mereka takut kerana ia adalah isu ‘taboo’ dalam masyarakat.
Walau bagaimanapun, Erma tidak ambil pusing dengan kecaman malah kisah-kisah seperti itu memberi inspirasi untuk dirinya terus berkarya.
Saya tahu saya akan kena (dikecam) tetapi saya tidak kisah. Apa yang saya nak sampaikan adalah ‘Keluarga Itu’ mungkin keluarga kau atau mungkin keluarga kita.
Kita tak tahu apa yang berlaku di dalam keluarga kita sebab itu kita kena selalu periksa. Kadang-kadang orang yang kita percaya itulah yang melalukannya.
Terdahulu, Erma dihujani dengan kritikan oleh segelintir pihak dan warganet berikutan drama berkenaan didakwa memaparkan watak yang keterlaluan terutama karakter Iman lakonan Datuk Rosyam Nor.
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!
Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Catatan Terakhir
: Sumber
Leave a Reply