
Selepas pulang menunaikan umrah beberapa hari lalu, pelakon, Isyariana mengakui sedang menyesuaikan dengan imej bertudung.
Bertudung selepas umrah
Tidak berani berjanji untuk kekal dengan imej tersebut untuk selamanya, pemilik nama penuh Isyariana Che Azmi, 35, bagaimanapun berkata, dia akan berusaha untuk kekal istiqamah.
Saya pakai tudung selepas pulang daripada menunaikan umrah tiga hari lepas. Tidak muktamad lagi dengan imej ini tetapi saya pula segan bila tak bertudung.
Rasa seronok, selamat dan okay dengan imej sebegini. Saya masih baru dengan imej sebegini dan kalau boleh tak mahu jawab sama ada dalam fasa percubaan kerana sedang cuba terbaik untuk diri sendiri.
Isyariana berkata demikian ketika ditemui di majlis Meet & Greet Drama Sangat TV3, yang berlangsung di Setia City Mall, Shah Alam pada Ahad.
Tengah ‘struggle’
Tambah bintang drama Setelah Terlafaznya Akad 2 itu, dia berasa risau dengan setiap jawapan yang keluar dari mulutnya kerana takut akan ‘makan’ diri sendiri kelak.
Saya takut tak istiqamah sebab saya sedang ‘struggle’ juga. Tak boleh nak jawab ditambah dengan tawaran lakonan yang akan diterima kelak juga bagaimana.
Ada juga beberapa tawaran yang saya tolak untuk lakukan. Sekarang pun saya tak tahu sudah bertudung atau tidak tetapi saya usaha lakukan apa yang sepatutnya.
Jelasnya lagi, niat untuk mengenakan tudung sudah lama disimpan, namun percaya dengan setiap aturan Allah akan berlaku tepat pada waktunya.
Memang niat bertudung sudah lama, namun untuk kekal istiqamah bukan hal senang.
Kemudian saya juga ada beberapa tawaran drama termasuk Bukan Sekadar Lafaz 2, ketika itu masih lagi ‘freehair’. Mahu atau tidak memang kena buka tudung.
Setakat ini, saya berehat dari lakonan pada bulan Ramadan, jadi beginilah (imej) saya.
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!
Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Catatan Terakhir
Sumber : Sumber
Leave a Reply