
Penyanyi dan usahawan, Datuk Ifa Raziah tiba-tiba jatuh pengsan di acara Starvendors Mega Raya Fest 2025 yang berlangsung di KL Base Exhibition Center, Sungai Besi pada jam 1 pagi Ahad.
Pengsan
Difahamkan, kejadian berlaku ketika Ifa atau nama lengkap Saripah Raziah Mustapha, 49, sedang bersiap untuk ditemu bual oleh pengamal media selepas sahaja majlis pembukaan festival tersebut.
Suasana menjadi kecoh sebelum pasukan perubatan datang memberi bantuan dan membawa Ifa menaiki ambulans untuk dibawa ke hospital.
Menurut pasukan perubatan, punca penyanyi itu jatuh pengsan kerana tekanan darahnya yang tidak stabil.
Sebelum kejadian berlaku, di sebelah petangnya, Ifa sudah menunjukkan tanda-tanda tidak sihat.
Dalam satu klip yang dikongsikan, pelantun lagu Ser Ser Ser itu berkata, meskipun keadaan kesihatan dalam keadaan kurang baik, dia tetap perlu turun padang selaku penganjur festival tersebut.
View this post on Instagram
Sumber: Instagram
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!
Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Catatan Terakhir
Leave a Reply