Rosyam Nor Tak Bagi Isteri, Anak & Cucu Tonton Drama ‘Keluarga Itu’ – ‘Walaupun Pelakon, Saya Sebagai Manusia Ada Sifat Malu’

Pelakon, Datuk Rosyam Nor mendedahkan sudah berpesan kepada ahli keluarganya supaya tidak menonton lakonannya dalam drama Keluarga Itu.

Tak bagi keluarga tonton

Mengakui ada perasaan malu dengan watak Iman yang dibawa, Rosyam atau nama lengkap Mohamed Noor Shamsuddin, 58, berkata, dia sendiri tidak pernah menonton drama tersebut sejak ditayangkan di TV3.

Sebelum mula penggambaran, saya dah maklumkan dalam group Whatsapp supaya tiada sesiapa yang dibenarkan tonton drama Keluarga Itu apabila sudah ditayangkan.

Pesanan itu untuk isteri, anak-anak dan cucu saya. Malah, saya sendiri sehingga hari ini tidak menonton drama tersebut.

Walaupun saya seorang pelakon, saya sebagai manusia ada sifat malu. Tapi disebabkan kerja dan tanggungjawab, saya lakukan secara profesional.

Rosyam memaklumkan perkara itu menerusi podcast Drama Sangat yang dimuat naik di TikTok.

Hampir diludah

Tambah Rosyam, gara-gara watak lelaki miang dan bapa ‘makan’ anak itu, dia menerima kecaman hebat netizen sehingga ada yang mahu meludah di mukanya.

Ada mak cik kata kenapa saya ambil watak itu, mak cik tu kata dia nak ludah muka saya.

Saya takut untuk ambil watak itu, kerana selepas berbelas tahun tidak muncul dengan drama dan risau jika tak berjaya bawakan dengan baik.

Saya ada tanya kepada Erma kenapa watak saya sedemikian, tapi saya percaya mesti ada sebab.

Kalau ada yang kata geli dengan watak itu, maksudnya sudah sampai kepada penonton.

Sementara itu, Erma Fatima selaku penulis skrip berkata, dia memilih Rosyam untuk memegang watak Iman disebabkab aktor itu mempunyai air muka lelaki miang.

Dalam banyak-banyak artis, aku rasa kau ada muka gatal dan ‘perogol’.

Saksikan Keluarga Itu setiap Jumaat hingga Ahad, jam 9.00 malam di TV3. Strim juga 24 jam lebih awal di Tonton atau aplikasi Tonton.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Catatan Terakhir

: Sumber

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*