
Personaliti media sosial Aisyah Hijanah tampil berkongsi berita gembira apabila dirinya sah hamil anak keempat.
Kejutan pada suami
@aisyahhijanah Doakan agar Allah pelihara keluarga kecil kami ❤️
Menerusi perkongsian yang dimuat naik di TikTok, pemilik nama Aisyah Hijanah Azhari dilihat merakam reaksi suaminya, Alif atau Mohd Hazalif Mohd Hazani serta anak-anak apabila mengumumkan kehamilannya.
Pada perkongsian itu, ekspresi Alif dilihat terkejut namun tersenyum setelah menyedari bakal menimang cahaya mata yang keempat.
Dalam pada itu, Aisyah berharap agar bayi keempat ini mengikut rupa parasnya.
Semoga anak keempat ini muka Aisyah.
Dah beranak tiga, semua muka Alif saja.
Pada kapsyen, Aisyah memohon agar Allah memelihara keluarga kecilnya.
Tahniah Aisyah
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen terkejut dengan bilangan anak keluarga pempengaruh itu yang kini bakal menimang cahaya mata yang keempat. Selain itu, warganet turut mengucapkan tahniah dan mendoakan agar perjalanan melahirkan dipermudahkan.
Sumber: TikTok @aisyahhijanah
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!
Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Catatan Terakhir
Leave a Reply