
Setelah sekian lama mendiamkan diri, akhirnya Rose Aliza Sutrisno, madu kepada penyanyi Nora, tampil memberi penjelasan mengenai dakwaan bahawa dia dan anaknya memaksa suaminya menceraikan penyanyi tersebut.
Menerusi kenyataan panjang lebar di Facebook, Rose menegaskan bahawa keputusan perceraian itu dibuat atas pertimbangan suaminya, Rushdi Ramli, sendiri tanpa sebarang paksaan daripada sesiapa, termasuk dirinya dan keluarga.
Selama ini, saya memilih untuk berdiam diri ketika diri saya diperkatakan secara salah di media sosial kerana tidak mahu membuka aib sesiapa.Apabila keluar kenyataan saya dan anak (Alia) memaksa suami menceraikan madu, saya dengan berat hati tampil menjelaskan keadaan sebenar.
Lihat siaran ini di Instagram
Tulisan-tulisan saya yang dimuat naik oleh madu saya (sebelum ini) sebenarnya adalah luahan saya ketika berdepan satu situasi yang amat tidak saya duga – iaitu saat saya mengetahui suami saya telah berkahwin secara senyap-senyap tanpa pengetahuan saya.
Saya atau anak saya, Alia tidak pernah memaksa suami saya menceraikan madu saya. Keputusan yang dibuat ketika itu adalah atas pertimbangan dan kehendak suami sendiri setelah melalui apa yang berlaku,
Rose menafikan dakwaan wujudnya panggilan telefon yang memaksa suaminya menceraikan isteri kedua serta menegaskan bahawa anaknya, Alia, tidak terlibat dalam proses perceraian itu.
Beliau juga mengakui tulisan anaknya kepada madu pada 2020 agak keterlaluan, namun ia lahir daripada kekecewaan kerana ayahnya berkahwin lagi tanpa pengetahuan keluarga.
Hari ini, Nora atau Wan Norafizah Wan Ariffin, 52, memuat naik gambar papan tanda Mahkamah Rendah Syariah Hulu Langat beserta kenyataan bahawa permohonan cerainya terhadap suaminya, Rushdi Ramli, bukan atas kehendaknya sendiri.
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!
Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Catatan Terakhir
: Sumber
Leave a Reply