
Mahkamah Rayuan hari ini bakal membuat keputusan terhadap rayuan kes ahli politik, Syed Saddiq berhubung dana Angkatan Bersatu Anak Muda (Armada).
Harapan Saddiq
Lihat siaran ini di Instagram
Menerusi hantaran yang dimuat naik di Instagram (IG), Saddiq atau nama lengkapnya Syed Saddiq Syed Abdul Rahman, 33, menegaskan tidak akan sama sekali menggadai prinsipnya meskipun telah melalui pelbagai tekanan sejak tahun 2020.
Esok (hari ini) adalah hari penentuan. Selepas bertahun-tahun berdepan dengan pelbagai tekanan dan ujian, esok (hari ini) Mahkamah Rayuan akan menentukan nasib saya.
Sejak tahun 2020, saya dan keluarga telah disiasat. Bermula dengan cubaan sogokan, berakhir dengan ugutan.
Semuanya kerana saya enggan menggadaikan prinsip dan menjual maruah diri.
Saya tidak menerima sogokan, saya tidak melompat parti, saya tidak meminta kes ini digugurkan, saya tidak cuba melengahkan-lengahkan kes proses mahkamah.
Bagaimanapun, Ahli Parlimen Muar tersebut menyerahkan segalanya kepada keputusan mahkamah dan yakin dengan pertolongan Allah SWT.
Saya mahu membersihkan nama saya di mahkamah, walau apa pun risikonya.
Saya serahkan segalanya kepada Allah SWT dan keputusan mahkamah. Insya-Allah kebenaran akan tertegak jua.
Berani kerana benar. Saya sedang menunggu peluang untuk mempertahankan intergriti saya di dalam mahkamah.
Doa dari orang ramai
Dalam pada itu, bekas Menteri Belia dan Sukan tersebut menyeru agar penyokongnya tidak membuat tindakan yang keterlaluan malah hanya doa yang dipinta.
Kalau ingin tunjukkan sokongan, tidak perlu protes, tidak perlu menyerang hakim, tidak perlu merendahkan martabat sesiapa pun.
Cukup sekadar berdoa untuk kebenaran dan keadilan untuk saya.
Tiada senjata lebih kuat dari doa kepada Allah SWT, khususnya pada hari yang istimewa ini.
Terdahulu, Saddiq didakwa atas pertuduhan pecah amanah, salah guna harta dan pengubahan wang haram berkaitan dana Armada.
Mahkamah Tinggi telah menjatuhkan hukuman penjara tujuh tahun dan dua sebatan serta denda RM10 juta ke atas Saddiq. Mahkamah Tinggi bagaimanapun, membenarkan permohonan beliau untuk menangguhkan pelaksanaan hukuman sementara menunggu keputusan di Mahkamah Rayuan.
Sekiranya Saddiq didapati kekal bersalah, beliau masih dapat membuat rayuan terakhir di Mahkamah Persekutuan.
Sumber: IG Syed Saddiq
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!
Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Catatan Terakhir
Leave a Reply