
BAGAI muncul pelangi selepas hujan, penyanyi Noraniza Idris menarik nafas lega apabila dapat meneruskan perniagaan makanan ringan yang diusahakan sejak beberapa tahun lalu.
Bersyukur atas rezeki yang diberi, Noraniza, 57, memberitahu dia sekeluarga melakukan sujud syukur sambil menangis selepas mengetahui produk muruku diusahakan menerima permintaan tinggi daripada pelanggan, sekaligus menyelamatkan perniagaannya itu.
‘Rasa bersyukur yang amat sangat, sebab saya jatuh daripada terduduk dan tak tahu masa depan macam mana sampai hampir nak tutup kilang.
Noraniza kembali tenang selepas ada sinar baharu dalam perniagaan.
‘Sampai saya, suami dan anak sujud syukur serta menangis bersama atas rezeki yang Allah kurniakan secara tiba-tiba,, katanya.
Noraniza berkongsi perkara itu ketika ditemui pada majlis pelancaran kerjasama produk Che Ani Premium bersama Mydin di Hotel Crystal Crown, Petaling Jaya, Selangor pada malam Isnin.
Kata Noraniza, dia terkejut apabila mengetahui pasaraya Mydin berminat dan menawarkan peluang menjual produknya keluarannya itu.
Bagi memenuhi permintaan itu, penyanyi lagu Dikir Puteri ini segera menambah seramai 32 orang pekerja untuk membantu menyiapkan tempahan dibuat.
Malah, kilang Noraniza juga terpaksa beroperasi selama 24 jam tanpa henti demi menyiapkan tempahan yang dibuat.
Bila Mydin datang beri tawaran bekerjasama saya bersyukur dan terkejut dengan tempahan mereka mahukan.
Operasi kilang juga terpaksa saya jadikan 24 jam tanpa henti.
NORANIZA IDRIS
PENYANYI
‘Staf daripada hanya empat orang saya cari dan tambah lagi 32 orang.
Operasi kilang juga terpaksa saya jadikan 24 jam tanpa henti bagi menyelesaikan segala tempahan yang sudah dibuat,” ujarnya.
Sementara itu, Pengarah Urusan Mydin, Datuk Wira Dr Ameer Ali Mydin pula menyatakan sokongan terhadap perkembangan usahawan tempatan terutamanya produk yang berpotensi untuk dipasarkan.
Noraniza berkerjasama dengan pihak Mydin.
Sebelum ini, perniagaan Noraniza diduga apabila mendakwa dirinya menjadi mangsa penganiayaan sebuah akademi latihan keusahawanan tahun lalu.
Pada 4 Mac lalu, Noraniza membuat laporan polis terhadap akademi berkenaan dan memberitahu dia dan syarikat terpaksa menanggung kerugian sebanyak RM630,000.
Malah Noraniza memberitahu dia terpaksa merehatkan 20 orang pekerja kerana tidak mampu membayar gaji mereka.
Sumber: Mstar
Leave a Reply