
Abang Viva dan Eva Noza Zakaria dikatakan telah mengakhiri perkahwinan mereka setelah sukarelawan misi banjir itu mengesahkannya menerusi satu perkongsian di TikTok.
Abang Viva, atau nama sebenarnya Azwan Omar, berkongsi tangkap layar perbualan mesej dengan seseorang yang menasihatinya agar merujuk pejabat agama berhubung masalah rumah tangganya.
Namun, dalam perbualan tersebut, Abang Viva memaklumkan bahawa dia dan bekas isterinya sudah bercerai.
Dah cerai dah pun. Tak boleh tahan, maruah kita saja yang kena pijak.
Dalam satu lagi hantaran di TikTok, Abang Viva turut meluahkan isi hatinya, menyatakan bahawa walaupun perpisahan itu menyakitkan, dia reda dan perlu meneruskan kehidupan.
Namun, kedua-dua perkongsian tersebut telah dipadam selepas beberapa jam dimuat naik.
Dalam kemas kini terbaharu di TikTok, Abang Viva menjelaskan bahawa dia hanya ingin mempertahankan maruah keluarganya yang telah dihina dan dicaci oleh pihak yang tidak mengetahui kisah sebenar.
Maaf untuk apa yang terjadi. Bukan niat mencari salah, bukan juga untuk membuka aib tapi sekadar untuk memberi rasa apa yang saya hadap atas satu kesilapan yang saya buat.
Sebelum ini, Eva Noza memuat naik video dalam keadaan sebak sambil memohon ruang untuk menjalani tempoh iddah.
Pada tahun lalu, Eva pernah mendakwa Abang Viva berhubung dengan seorang wanita yang berstatus isteri orang. Dalam pendedahan tersebut, dia turut mengatakan bahawa suaminya dan wanita itu sering berbicara buruk mengenainya dalam perbualan mesej mereka.
Untuk rekod, Abang Viva dan Eva Noza telah mendirikan rumah tangga pada 14 Oktober tahun lalu. Sekitar April 2023, Eva pernah mengalami keguguran dan berharap orang ramai dapat mendoakan yang terbaik buat dirinya serta keluarga.
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!
Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Catatan Terakhir
: Sumber
Leave a Reply