
Pendakwah terkenal Ustazah Asma’ Harun meluahkan rasa kecewa dengan penampilan usahawan sensasi, Kak KM sekeluarga yang didakwa tidak menghormati bulan Ramadan.
Kelakuan melampau
Menerusi perkongsian yang dimuat naik di Facebook, Ustazah Asma’ memberi teguran kepada Kak KM atau nama sebenarnya Liana Rosli yang dianggap sudah melampau.
Menurutnya, dia terkesan apabila terdapat komen daripada individu yang beragama bukan Islam menegur cara pemakaian usahawan berusia 44 tahun itu.
Saya rasa malu bila baca komen teguran saudara bukan Islam kepada keluarga ini, kerana terlalu melampau dan hilang rasa malu yang asas sebagai manusia.
Saya harap dan membayangkan mereka akan berpakaian lebih sopan di bulan Ramadan yang mulia, jika di bulan lain tidak boleh hormat hukum Allah, maka mungkin bulan ini meraka ada ‘rasa’ itu.
Rupanya tidak. Tanpa segan silu, sama seperti si ibu, anak pula dipuji berpakaian nampak pusat dan sendat.
Ditunjukkan secara terbuka, seolah bangga, walaupun semua komen adalah negatif, mereka tambah aktif.
Dalam pada itu, Ustazah Asma’ akui sentiasa mendoakan Kak KM sekeluarga yang sering kali menerima kecaman netizen agar terbuka hati untuk menyedari kesalahan yang dilakukan.
Imej Islam dipandang serong
Tidak berhenti disitu, Ustazah Asma’ menegaskan bahawa teguran ini bukan hinaan mahupun tujuan memalukan, namun, hanya sekadar inisiatif untuk menegakkan imej Islam agar tidak dipandang serong.
Ini bukan menghina atau memalukan, perlakuan mereka telah menghina diri sendiri, agama dan bulan Ramadan.
Ini juga bukan judge orang yang belum jelas, ini perbuatan yang terang nyata dan mempengaruhi serta beri kesan kotor kepada yang melihatnya.
Pada akhir perkongsian, pendakwah bebas itu sempat menitipkan pesanan agar sama-sama mendoakan antara satu sama lain kerana kita semua adalah pemburu syurga Allah.
Sumber: Facebook @Ustazah Asma’ Harun
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!
Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Catatan Terakhir
Leave a Reply