[VIDEO] Sherry Ibrahim Peluk Adik Perempuan Fattah Amin, Netizen Seloroh – ‘Ada Persaingan Nampaknya’

Di TikTok, tular satu video memaparkan pelakon jelita Sherry Ibrahim yang hadir ke sebuah majlis berbuka puasa, baru-baru ini.

Peluk adik Fattah Amin

@sherry_ibrahim

MasyaAllah Tabarakallah Thank You ALLAH swt 🤲🏻 🤍✨

♬ original sound – Sherryibrahim – Sherryibrahim

Menerusi perkongsian yang dibuat, Sherry dilihat sedang beramah mesra bersama peminat yang mahu bergambar dengannya.

Sedang beramah mesra, pemilik nama Syarizad Ibrahim ini kemudiannya didatangi adik kepada pelakon, Fattah Amin iaitu Raihan.

Mereka kemudiannya bersalaman sebelum berpelukan sambil tersenyum memandang ke arah wajah masing-masing.

Di akhir video, kelihatan Raihan yang seakan menitiskan air mata selepas dapat memeluk Sherry.

Komen netizen

Perkongsian tersebut kemudiannya tular dan meraih perhatian netizen yang rata-ratanya mengimbau kembali kenangan Sherry bersama Fattah yang merupakan bekas kekasihnya.

Sekadar info, Sherry dan Fattah pernah menjalin hubungan cinta sebelum putus pada tahun 2016.

Sumber: TikTok Sherry Ibrahim

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Catatan Terakhir

 

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*