
Sebelum ini, kenyataan yang dikeluarkan oleh pelawak dan pengacara, Shuk Sahar telah mendapat perhatian netizen apabila mendedahkan perkahwinannya bersama isteri iaitu Fara Salleh masih belum didaftarkan.
Baru-baru ini, Fara tampil membuat pendedahan dengan memuat naik tangkap layar (screenshot) perbualannya bersama Shuk di Instagram Storynya.
Menerusi tangkap layar (screenshot) tersebut, ia memaparkan Fara meminta Shuk untuk membuat pendaftaran perkahwinan pada tahun lepas namun tidak diendahkan oleh pelawak itu.
Dari tahun lepas desak dia untuk register. Kerja nak salahkan orang je kau ni.
Nak nampak suci jangan burukkan orang lain boss. Kau ni kari! Shuk A/L Sahar sendiri buka pekung dia.
Sudah-sudahlah cakap tak serupa bikin. Kau punya sembang b*bi pun mampu terbang.
Shuk sorok dokumen nikah
Menerusi hantaran lain, Fara juga mendakwa Shuk pernah menyorokkan segala dokumen yang berkaitan kerana tidak mahu isterinya membuat pendaftaran di majlis agama.
Walau bagaimanapun, proses pendaftaran itu kini sedang dalam proses selepas Fara menguruskan perkara itu sendiri.
Dokumen nikah tu dia pernah sorokkan tak bagi saya pergi register. Alhamdulillah sekarang dalam proses pendaftaran, saya uruskan semua sendiri.
Saya harap semua jelas ya, jangan tanya saya dah soalan-soalan itu. Bukan saya punca tak register.
Saya bersuara sebab nak pertahankan diri, ada suami pun tak mampu pertahankan saya.
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!
Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Catatan Terakhir
: Sumber
Leave a Reply