Erma Fatima Mahu Papar Realiti Penungg4ng Agama, Tegaskan Drama Bid4ah Tiada Kaitan Dengan Ulama – ‘Pakaian Seseorang Yang Beriman Adalah Ilmu’

Berikutan karya terbaharunya menjadi bahan bualan ketika ini, penerbit terkenal Erma Fatima memberi penjelasan berhubung kontroversi drama tersebut.

Tidak berkait dengan ulama

Ketika ditemui OhBulan!, Erma atau nama lengkapnya Fatimah Ramad Ali, menegaskan bahawa drama Bidaah tidak berkait dengan agamawan mahupun mana-mana kumpulan ajaran sesat.

Saya bukan bercerita tentang guru yang betul-betul mursyid, saya bercerita tentang penunggang agama yang merasakan diri mereka itu guru namun tidak layak untuk digelar sebegitu. Mereka inilah yang merosakkan akidah orang hanya untuk memenuhi kepentingan diri.

Kisah ini tiada kaitan dengan mana-mana kumpulan ajaran sesat, ini adalah olahan kami sendiri.

Menurut Erma, drama tersebut dihasilkan semata-mata untuk memberi pengajaran terhadap penonton tentang segelintir individu yang didakwa menggunakan agama demi kepentingan diri.

Ulama yang sebenar tidak melakukan itu, janganlah hanya kerana lilitan serban dan pakaian mereka di dalam drama ini dianggap kami memerli. Tidak sama sekali, saya menghormati mereka.

Saya bukan menentang agama Islam, saya menentang ajaran sesat dan penunggang agama. Saya orang Islam, saya tidak pernah berniat untuk menjatuhkan agama mahupun ulama yang sebenar.

Imej Islamik

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Viu Malaysia (@viumalaysia)

Dalam pada itu, penerbit berusia 58 tahun tersebut menekankan bahawa pakaian seseorang tidak melambangkan keperibadian mereka. Justeru itu, Erma mengetengahkan watak-watak yang berselindung di sebalik imej Islamik.

Pakaian seseorang yang beriman adalah ilmu dan akhlaknya. Walaupun serban dan jubah tetapi perangai buruk maka, dia bukanlah guru mahupun ulama. Itulah apa yang saya tonjolkan.

Pakaian itulah yang memperdayakan orang kerana mereka anggap itu adalah kemuliaan seseorang. Jangan anggap seseorang itu berserban dan berjubah, maka dia adalah Islam sejati.

Jadi, saya rasa drama ini wajar untuk dipaparkan kerana kita tak mahu ramai lagi orang akan terpedaya.

Mengakui kesilapannya berikutan terdapat adegan yang melampau, Erma bagaimanapun berharap semua pihak dapat menonton drama tersebut sepenuhnya sebelum membuat tanggapan negatif.

Berilah peluang kepada drama ini untuk melakukan sedikit tanggungjawab terhadap agama. Walaupun ada kesilapan kami tetapi janganlah menghukum Bidaah sehingga begitu.

Mungkin ada adegan yang dikatakan keterlaluan, itu saya terima dan saya mohon maaf tetapi kami baru sahaja tayang tiga episod. Jadi tidak adil untuk menghukum hanya dengan tiga episod sahaja.

Saya pun sudah minta pihak produksi untuk memadam adegan-adegan yang kurang baik.

Terdahulu, drama Bidaah dikritik hebat oleh segelintir pihak dengan mendakwa terdapat babak yang keterlaluan selain memberi pandangan buruk kepada agama.

Sekadar info, drama tersebut menampilkan Vanidah Imran, Faizal Hussein, Fattah Amin, Riena Diana, Marisa Yasmin, Hasnul Rahmat, Fazlina Ahmad Daud dan ramai lagi.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Catatan Terakhir

: Sumber

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*