[VIDEO] ‘Abang Punya Lah’ – Tak Tahu Bella Tengah Buat Live TikTok, Syed Saddiq ‘Terlepas Cakap’? Netizen Pula Yang Angau!

Kemunculan penyanyi dan pelakon Bella Astillah bersama Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq sekali lagi mencuri perhatian netizen.

‘Abang Punya Lah’

@alisa_aami0210

Bella tanya ni phone sape. YB cakap “Abang Punya lah” – my delulu ears dengar ni boleh tak?😂🤪 ada sape2 dengar? pastu YB terkejut. Oh tengah live lah.. muka dah lain. terus tengok komen, baca ohh ada org panggil you ayang lah.. (coverline) #BellaAstillah #SyedSaddiq #bellasyedyes #BASS #trending #fyp #foryou #fyppppppppppppppppppppppp #couplegoals❤️ #syedsaddiqbellaastillah #terbaru #primavalet

♬ original sound – Sakura – Sakura

Dalam satu sesi siaran langsung di TikTok sebentar tadi, Bella dan Syed Saddiq dilihat menaiki kereta selepas selesai memberi sumbangan kepada penduduk di Muar, Johor.

Namun, apa yang lebih menarik perhatian adalah satu momen spontan yang berlaku antara mereka. Ketika berada di dalam kenderaan, Bella tiba-tiba bertanya mengenai pemilik telefon yang digunakan untuk membuat siaran langsung, bertanya sama ada ianya milik Jack, pembantu Syed Saddiq.

Tanpa disangka, netizen mendakwa terdengar Ahli Parlimen Muar itu dengan tenang menjawab, ‘Abang punya lah’.

Apa yang lebih mencuit hati, Syed Saddiq yang pada mulanya tidak menyedari bahawa Bella sedang bersiaran langsung, terus menunjukkan reaksi terkejut sebaik menyedari situasi tersebut. Dia kemudian segera menukar topik perbualan, seolah-olah cuba mengelak daripada terus menjadi tumpuan.

Gelagat Syed Saddiq yang kelihatan sedikit gementar selepas ‘terlepas cakap’ mengundang reaksi lucu daripada netizen. Ramai yang terhibur melihat reaksi spontan mereka, malah ada yang mula berteka-teki mengenai hubungan sebenar di antara Bella dan Syed Saddiq.

Dalam ruangan komen, ada yang berseloroh dan tumpang gembira jika benar Bella dan Syed Saddiq mempunyai hubungan istimewa.

Dia tak tahu tengah live, kantoi.

Dulu ‘jangan kacau tu saya punya’ sekarang ‘abang punya lah’.

Letak telefon dekat telinga semata-mata nak dengar ‘abang’.

Betul lah, dengar sah dia panggil abang. Sudah semakin teruk gila angau saya.

Kantoi, tak apa YB. Kami tak dengar pun.

Sumber: TikTok

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Catatan Terakhir

 

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*