
Penyanyi Siti Nordiana menafikan dakwaan yang mengatakan dia telah mendirikan rumah tangga, sekali gus membantah gosip yang tular baru-baru ini.
Terkejut apabila membaca khabar angin tersebut, Siti Nordiana atau lebih mesra disapa Nana, 41, mengakui tidak mengetahui bagaimana dakwaan itu boleh timbul.
View this post on Instagram
Sejujurnya saya terkejut dan pernah terbaca artikel tentang perkara itu. Saya pun tak tahu menahu daripada mana cerita ini datang. Berita itu tidak sahih.
Hati saya tidak pernah tertutup untuk kembali mendirikan rumah tangga, insya-Allah. Kalau jodoh saya datang ketika usia saya sudah 50 tahun sekali pun, saya terima.
Mungkin juga sudah terlalu lama solo, jadi sentiasa menjadi sasaran untuk digosipkan. Ada juga kenalan yang gurau dan tanya ‘bila nak bagitahu sudah kahwin?’
Tidak berkecil hati dengan gurauan tersebut, juara Gegar Vaganza 2 itu menegaskan bahawa perkahwinan bukan fokus utamanya buat masa ini, meskipun usianya sudah mencecah 41 tahun.
View this post on Instagram
Soalan sedemikian sudah lama saya terima, ramai yang tanya mengenai perkahwinan. Saya tidaklah rasa itu sebagai satu soalan yang sensitif.
Cuma terlalu banyak dakwaan mengatakan saya sudah berkahwin. Itulah yang saya tak faham. Apa yang boleh saya katakan, setakat ini ia tidak benar.
Sebab fokus saya sekarang hanya pada anak dan dalam usia 40-an ini, saya sedang usaha untuk perbaiki diri menjadi insan yang lebih baik.
Dalam pada itu, penyanyi lagu Terus Mencintaimu ini turut berkongsi bahawa anak tunggalnya, Muhammad Rayyan Nakhaie, 17, tidak pernah bertanya mengenai soal bapa baharu dalam hidup mereka.
Sebagai makluman, Nana pernah mendirikan rumah tangga dengan pelakon Allahyarham Faizal Yusof pada April 2006 dan dikurniakan seorang anak, namun perkahwinan mereka berakhir pada 2009.
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!
Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Catatan Terakhir
: Sumber
Leave a Reply