‘Mak Cik Erma..Boleh Lah Buat Drama Tentang Cinta Kepada Tanah Air, Islamik’ – PU Syed Tegur Erma Fatima, Drama Ada Unsur Tak Sen0noh?

Pendakwah bebas, PU Syed tampil memberi teguran terbuka kepada pengarah dan penerbit terkenal, Erma Fatima berikutan kandungan drama terbitannya yang mencetuskan kontroversi baru-baru ini.

Teguran terbuka buat Erma Fatima

Menerusi hantaran di Instagram, PU Syed atau nama lengkapnya Syed Mohd Bakri Seyd Ishak, 43, berpendapat bahawa drama berjudul Bidaah menampilkan unsur yang melampau serta boleh memberi gambaran negatif terhadap Islam.

Cerita Bidaah tu sendiri dah Bidaah Dholalah, apatah lagi plot-plot cerita yang melampau ditonjolkan khasnya bila melibatkan islam. Sudah mati idea gamaknya sutradara di Malaysia ni dalam menghasilkan cerita-cerita berkualiti dan patuh syariah.

Ujar PU Syed lagi, meskipun terdapat ajaran sesat yang wujud dalam masyarakat, ia tidak semestinya dipertontonkan secara terbuka kepada khalayak, lebih-lebih lagi jika melibatkan adegan yang tidak sesuai seperti babak atas katil yang kini tular di media sosial.

Mak Cik Erma Fatima ni bolehlah cuba buat drama yang melibatkan cinta kepada tanah air seperti ketenteraan, kepolisian, atau cerita-cerita islamik yang lebih realistik untuk kesedaran masyarakat.

‘Kementerian perlu tegas’

Selain itu, PU Syed turut mengkritik sebuah lagi drama yang dikatakan mengandungi babak dan dialog tidak senonoh.

Entahlah, ambe dok dang (tak sempat) nak tengok tv, jadi di sini boleh dipersoal apa fungsi agensi-agensi yang menapis drama atau filem sebelum dibenar utk ditayangkan.

Kementerian yang bertanggungjawab perlu tegas dalam isu ini.

Teguran terbuka ini mencetuskan perbincangan dalam kalangan netizen, ada yang menyokong pendapat PU Syed namun ada segelintir yang berpendapat bahawa kebebasan berkarya tidak sepatutnya disekat selagi tidak melanggar undang-undang.

Sumber: Instagram PU Syed

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Catatan Terakhir

 

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*