Ibu Dedah Tak Bercakap Dengan Along Cham Sejak Kahwin – ‘Saya Tidak Pernah Pilih Siapa Menantu’

Ibu kepada pelawak dan pelakon, Along Cham iaitu Siti Habsah Kadir mendedahkan dia tidak bercakap dengan anaknya sejak berkahwin tahun lalu.

Tak bercakap hampir setahun

Walau bagaimanapun, wanita yang berusia 64 tahun itu enggan mengulas lanjut mengenai isu tersebut namun mendakwa wujudnya salah faham yang besar dalam keluarga berpunca daripada kenyataan yang dikeluarkan isteri Along iaitu Afreena Suhaimi.

Saya tidak pernah pilih siapa menantu saya. Siapa yang anak saya pilih, saya terima seadanya.

Apa yang dia (Feena) beritahu kepada media tentang keluarga Along, dia sahaja yang tahu. Cuma dia buat kesilapan terhadap keluarga saya, hingga Along benci keluarga sendiri.

Setahun kami tidak jumpa kerana terkilan. Apa yang berlaku terlalu peribadi, itu sahaja saya cerita.

Habsah berkongsi perkara tersebut ketika ditemui di Mahkamah Syariah Sepang pada Isnin.

Namun begitu, Habsah menegaskan bahawa dia tidak pernah terdetik untuk melihat rumah tangga yang dibina anaknya musnah kurang daripada setahun.

Selepas Along kahwin saya tidak masuk campur, pandai-pandai Along melentur rumah tangga dia.

Sebenarnya sedih tengok anak jadi begini, bukan saya minta. Bukan saya suka, saya tak suka, saya sedih sangat-sangat.

Along terkilan ibu terkena tempias

Dalam pada itu, Along atau nama sebenarnya Muhammad Nizamuddin Ahmad menegaskan dia terpaksa bersuara apabila ibunya turut terkena tempiasnya.

Bukan sifat saya kaki sebar aib rumah tangga. Kali ini apabila sudah melibatkan ibu saya hingga dituduh bukan-bukan dicanang kepada jiran, apalah agaknya perasaan seorang ibu.

Dua bulan kahwin memang ada ‘demam’ sikit tapi lepas itu rezeki mula masuk daripada Angah dan Didie Alias.

Saya ada isteri tapi saya terlepas salam raya dengan ibu, tidak dapat berpeluk dengannya sedangkan reda Allah terletak pada reda ibu.

Saya bersyukur sebelum salah seorang pejam mata, kami kembali bersama. Bagaimana bentuk keadaannya, itu semua perancangan Allah.

Terdahulu, pengesahan lafaz cerai taklik melibatkan Along dan Afreena terpaksa ditangguhkan kepada 8 Mei depan.

Keputusan itu dibuat mahkamah selepas Hakim Syarie Muhamad Nazri Basrawi mendapati berlakunya kekeliruan berkaitan dokumentasi yang dibuat Along selalu plaintif.

Sekadar info, kemelut rumah tangga mereka mula timbul selepas Along mendakwa Afreena Suhaimi telah melanggar tiga perkara yang dipersetujui dalam perkahwinan yang membawa kepada jatuhnya lafaz taklik.

Dakwa Along, Afreena melanggar lafaz taklik tersebut pada tahun lalu dan sepatutnya memfailkan lafaz cerai taklik tersebut di mahkamah pada 16 Disember tahun lalu tetapi malangnya ditahan pihak polis pada 14 Disember akibat kes memiliki dadah.

Untuk rekod, Along mendirikan rumah tangga dengan Afreena, 33, pada 4 April 2024.

Sebelum itu, Along pernah berkahwin dengan bekas peserta Akademi Fantasia iaitu Zila Seeron pada Januari 2010. Namun bercerai pada Ogos 2016.

Hasil perkongsian hidup, mereka dikurniakan cahaya mata lelaki, Ahmad Daniel, 14.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Catatan Terakhir

: Sumber

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*