‘Saya Offer Cik Epal Ambil Anak-Anak Tapi Dah 7 Hari, Dia Tak Muncul Walau Sesaat’ – Jofliam

Pempengaruh media sosial, Jofliam tampil bersuara mendakwa bekas isterinya, Cik Epal tidak hadir untuk mengambil dan bertemu anak-anak mereka walaupun peluang telah diberikan.  

‘Saya tak akan berkompromi lagi’

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Jofliam🍼 (@jofliam)

Menerusi hantaran di Instagram, Jofliam atau nama lengkapnya Jofli Abu Bakar mendedahkan bahawa dia telah menawarkan untuk menyerahkan anak-anak, Han dan Yuki kepada Cik Epal namun bekas isterinya tidak muncul untuk bertemu dengan mereka.

Dah cukup 7 hari, jadi saya boleh buat kenyataan.

Saya telah offer ambil Han dan Yuki pada mak diorang sejak hari Isnin 3/3/25 tapi sehingga Ahad 9/3/25, semua tak muncul walau sesaat.

Ini ke manusia yang sama sabtu lepas, camera on, baru terjerit jerit tuduh bekas suami sekat anak tak jumpa 3 bulan?

Dakwa Jofliam lagi, dia percaya bekas isterinya itu sengaja melambatkan proses penyelesaian di mahkamah kerana mahu meraih publisiti sebagai strategi pemasaran perniagaannya.  

Motif dia tak nak settle di mahkamah dengan tidak hadir atau failkan secepat mungkin kerana dia mahu lebih drama untuk teknik marketing perniagaan dia.

Saya kena bersedia, drama baru telah dirancang terutama untuk raya dan produk baru yang bakal keluar.

Susulan daripada itu, Jofliam menegaskan bahawa semua urusan termasuk hal anak-anak hanya akan dilakukan menerusi peguam.  

Atas nasihat peguam, saya tidak akan berkompromi lagi segala perbincangan selepas ini di luar mahkamah.

Segala perhubungan selepas ini, hanya lah melalui peguam ke peguam.

Di bulan mulia yang pernah barokhah ni, saya berdoa semoga banyak lagi mata dan hati yang mula terbuka untuk nampak karakter dia dan saya tidak perlu lagi bersusah payah defend situasi saya.

Sebelum ini, Cik Epal memuat naik video dia datang ke rumah bekas suaminya meluahkan rasa kecewa selepas mendakwa sudah 3 bulan dihalang daripada bertemu dengan anak-anaknya, Han dan Yuki.

Untuk rekod, Jofliam dan Cik Epal mendirikan rumah tangga pada 1 Jun 2014.

Hasil perkahwinan mereka dikurniakan dua cahaya mata iaitu Han dan Yuki. Pasangan tersebut memilih untuk berpisah pada tahun lalu selepas 10 tahun hidup bersama.

Sumber: Instagram Jofliam

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Catatan Terakhir

 

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*